Pages

Thursday, December 13, 2012

Imaginasi yang terlampau tinggi!


Assalamualaikum..
Tadi tengah sibuk2 duk mencari info pasal tempat2 sejuk kat Semenanjung Malaysia ni terjumpa plak artikel ni. Memang gelak sakan! 

Kali ini aku nak kongsi contoh karangan terbaik UPSR , terbaik kah? ekekekeke… Lawak adalah. Imaginasi pelajar ini mesti tinggi dan agak lah menonton kartun ganas selalu kot.
Aku rasa korang pun tak sabar nak baca kan? Ok, tarik nafas panjang… 1 2 3.
Dah belum? Teruskan bacaan dengan slow dan steady ok… Layannn.

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Kredit to: OhMacamItu

Tuesday, November 6, 2012

Kenape smartphone cepat habis bateri?

Tajuk macam aku terer gile la kan bab2 smartphone..macam je la..
Sebenarnya nak cerita pengalaman aku sendiri pakai smartphone. Kire hp skang ni smartphone ke2 aku.
Masalah aku..sama macam seme pengguna smartphone lain, bateri memang tak tahan lama. Masa hp dulu aku tak berape peduli sangat..kire tak kronik sangat la tahap cepat abih bateri tu. Tapi dengan hp ni..terasa sangat. Dah la keje aku main hp 24/7..kang nak call la..kang nak email la..kejap2 whatsapp/kakao masuk update itu ini..tu belum campur recording ngan snap pic sana sini. Yang wat aku heran..member2 satu ofis kebanyakan pakai hp sama tapi xde la cepat cam aku abis bateri. Dah la cepat abis..nak cas dia punya lama.semalaman!!

Monday, November 5, 2012

Nak try tak?


Berpagi2 membuka pintu rezeki..sekali sekala nak jugak promote bisnes aku.
Okay, kepada sesiapa yang berminat nak tahu peluang menjana pendapatan sampingan mahupun jadi full time agent prudential boleh la datang ke Grand Business Opportunity Preview kat Prudential Kajang 10 Nov 2012 ni jam 230pm. Kalu korang dah rasa tensen keje kat tempat korang sekarang ni..atau nak cari duit lebih atau rasa nak ubah diri jadi positif person..elok la mai.
More important..insya Allah, korang will gain knowledge.
Sape yang patut datang?

Tidur dalam toilet


Malam tadi dalam pukul 2am tetiba aku sakit perut sangat2. Kebetulan memang Ms P datang melawat tapi sudah beberapa hari..bermakna sakit tu sepatutnya takde..
Sebab perut semakin cramp..aku andaikan aku nak membuang. So, masuk la bilik termenung. Aku ni jenis tak berapa la termenung sangat..biasanya masuk terus melaksanakan urusan..
Entah kenapa malam tadi sakit gile. Sedar2 aku dah terbaring atas lantai bilik air..nak gerak pn tak terdaya. Aku cuba panggil Mr Hubby tapi aku rasa cam tak keluar pun suara aku and kepala berat gile.

Wednesday, October 17, 2012

Permata Ayah Bonda


Unfair la kalau anakanda puteri je ade lagu special kan? Of course la anakanda putera pun ade lagu special jugak.
Khas buat anakanda putera mummy Wan Irfan Hasif Bin Wan Hishamuddin
Mummy + Daddy + Irdina sayang adik sangat-sangat!

Permata Ayah Bonda by Firdaus

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa




Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah 
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa 
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Puteriku Sayang


Lagu khas untuk anakanda puteri Wan Irdina Humaira Binti Wan Hishamuddin..
Mummy + Daddy + Irfan love u so much!!

Puteriku Sayang by Hijjaz

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan 
bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 


Aku Cinta Dia!

Huk aloh..ayat sangat jiwang okeh...
Hari ni memang rasa nak jiwang2 kejap..ingat2 balik kenangan cane boleh kenal dia yang sekarang ni dah sah jadi suami aku.
Sape2 yang rasa nak muntah takmo baca bab jiwang2 ni sila klik X kat atas tu ye..
Aku tetap nak berjiwang jugak :P
Ingat2 balik cam kelakar pulak. Sebab miscall je!
Tu pun bukan aku yang dial or dia yang mula miscall aku. Hehe.


Tuesday, October 9, 2012

Jangan hina kerjaya orang..

Sejak ade seorang makcik jual apam polkadot online menghina kerjaya aku..aku semakin bersemangat!
Aku nak buktikan yang kerjaya as insurance agent ni bukannya hina sangat. Aku bukan minta sedekah apa lagi mencuri duit orang. Niat aku nak bantu seramai boleh manusia terutamanya orang Melayu tentang pengurusan kewangan peribadi. Yup..bangsa kita sangat lemah dalam menguruskan kewangan peribadi. Jadi tak heran kalau ade orang yang jadi CEO pun takde savings..in fact takde aset pun. And believe me, aku kenal CEO yang macam tu..BUKAN dari company cikai2 pulak tu!
Makcik jual apam polkadot online tu penah cakap "aku takleh diganggu sebab the next day nak deal juta2!"..

Wednesday, September 19, 2012

Nak amik maid ke tak ni?

Memandangkan aku dah beranak 2 sekarang ni, so ade jugak terfikir nak amik maid. Dulu2 pernah jugak la nak amik tapi memandangkan masa tu baru anak sorang je tambah pulak aku tak bekerja so keperluan tu takde sangat. Masa tu sangat senang, mak saudara(Cik Su) Mr Hubby ade duduk dekat2 area rumah so memang aku tinggalkan kat dia je. Cik Su pulak takde anak kecik and she's still young..34yo so memang sangat2 boleh diharapkan untuk menjaga cucu pertama dalam keluarga kami :p

Saturday, August 25, 2012

Yang Miskin Yang Kaya

Aku bukannya nak kata orang kaya ni selalu berlagak ke ape..cuma aku nak cerita tang persepsi orang pasal orang miskin and orang kaya.
Selalu je orang beranggapan kalau bergaya kalah artis tu orang kaya and kalau selekeh cam aku ni papa kedada. okay..aku bukan nak mendabik dada nak kata aku la manusia paling kaya but ada la rezeki lebih sikit.
semalam aku singgah kedai perfume kat Langkawi ni..free duty so aku ingat nak sambar la 2,3 botol. Mr Hubby dah bagi green light so aku dengan happy + semangat membara masuk kedai ni.


Tuesday, July 31, 2012

It's our 4th anniversay!

Sedar tak sedar dah 4 tahun kami hidup bersama..susah senang ketawa dan nangis bersama. Seriously, there's sometimes we did cry! And kalau nak kira dari tahun kami bercintan cintun, this year dah 9 tahun kami kenal. Dari zaman masing2 kurus keding sampai sekarang dah gemuk gedempol :)

Alhamdulillah..kami dikurniakan sepasang cahayamata yang sangat comel dan bijak. Semoga mereka membesar menjadi insan yang soleh dan solehah. Amin..

Tahun ni, Mr Hubby dah banyak belajar. Hehe. Walaupun still ada reason 'tak ingat hari bulan' but tanpa dipinta abang bercuti hari tu. Dan yang lagi best dia bawa aku tengok wayang. Kira best la tu..bukan senang nak dating berdua!

gambar blur je but date nampak. tu yang penting!

Monday, July 23, 2012

2nd Ramadhan : Gulai Ayam Kampung

Untuk hari ke2 Ramadhan ni agak terlambat update menu berbuka puasa. Anakanda puteri, Ir.Dina still demam. Since semalam demam, bukan main susah nak suapkan ubat. Macam2 trick dah aku guna termasuk letakkan ubat dalam susu dia but tak jalan...dia dah semakin bijak dengan percaturan mummy dia :)
If dia masih demam esok pagi, kami bawak dia pergi hospital terus!

Saturday, July 21, 2012

1st Ramadhan : Ayam kampung + Ikan Kembung Percik

Ramadhan tahun ni aku berazam nak masak at least 1 lauk sehari. Tak payah yang complicated, cukup lauk yang simple2 je. insya Allah..

So, petang ni aku masak je Ikan Kembung Percik. Kebetulan dalam peti ais ada lagi ayam kampung yang uncle Mr. Hubby bagi, aku bakar je la sekali :)

versi tak cukup kuah 

Wednesday, July 18, 2012

Sesungguhnya mati itu pasti!

Dalam kesibukan hari ini sempat lagi aku cari info tentang car seat. Ada la jumpa a few blog yang cerita pasal car seat..tapi blog ni menarik perhatian aku..bukan sebab tips yang dia bagi pasal car seat tapi tentang ujian Allah terhadap dia..betapa terpancar kasih sayang mereka suami isteri walaupun permata hati dah tiada. Kita doakan je la mereka tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Dari blog dia aku jumpa lagi satu blog yang buat aku tersentap..sangat tersentap!! Aku tak pernah membayangkan diri aku andai diuji seperti empunya blog

Nursery oh nursery..

Aku minta tolong sangat2 siapa yang baca entri ni dapat menberikan pendapat mahupun tips..

Alkisahnya, aku hantar anakanda berdua ke nursery sejak bulan April hari tu, bermakna sudah hampir 3 bulan anakanda aku kat nursery tu.

Mula2, memang Ir.Dina merengek tak nak pergi memandangkan selama ni dia banyak bersama aku atau dengan Nenek dia di kampung. Ir.Fan pada masa tu still tak tahu apa2, so mudah la sikit. Pemilik nursery cakap dalam masa 2 minggu insya Allah everything should be OK..

Dan memang benar, tak sampai 2 minggu Ir.Dina pula tak sabar nak ke 'sekolah' (aku ajar dia bahasakan nursery tu 'sekolah').

Tapi..

Happy 1st Birthday Irfan Hasif- 15 Julai 2012

Sepatutnya aku post entri ni 2 hari lepas tapi disebabkan kesibukan yang melampau aku terpaksa tunda hasrat nak update blog. Apakah alasan itu? Alasan yang sama je digunakan oleh semua manusia. Hehe.

Orait..aku and Mr. Hubby belum berkesempatan nak belikan hadiah untuk birthday boy lagi. Cam susah jugak nak beli hadiah untuk Ir.Fan ni sebab baby boy kan..kalau gegirl senang la mummy dia nak pilihkan. But sooner or later, akan ada hadiah untuk boboy kami tu. Elele~~

:P

Friday, June 29, 2012

Penantian itu satu penyeksaan!

Akhirnya, setelah tak berapa lama sabar menanti dan menunggu..semalam Mr. Hubby ajak aku pegi kedai telefon. Satu je yang aku kagum dengan Mr. Hubby ni, rezeki yang dia ada confirm dia akan berkongsi dengan orang2 sekeliling. Tapi bukan dengan hulur saja2. Mr. Hubby kalau nak beli apa2 sure akan cari member2 dulu. Tanya dulu sape ade jual barang dia nak beli tu..tolong kawan katenye walaupun tak dapat harga kawan-kawan.


And jeng..jeng..jeng..walaupun agak tergugat dengan kaler putih tapi hati terpaut dengan kaler pink..sebab hp before this dah kaler putih kan..

akhirnya..dalam genggaman!

Tuesday, June 19, 2012

Kuasa 10%!!

Okay..sudah2 berduka lara. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita buat..betul tak?

Ape la pulak aku nak cite pasal 10% ni kan? Untung berniagakah? Hehe..Kalau orang Cina berniaga, untung 10% diorang memang tak layan(based on kawan-mr hubby la)
So ape bendanya 10%??


Kesedihan yang amat..

Mau jugak air mata aku ni menitik tapi terpaksa control..depan orang kot!
Sedih sebab ade orang mungkir janji pastu wat donno..
Sedih sebab bila aku tanya aku yang kena marah balik..

air mata sia2..

Friday, June 15, 2012

Telur yang anda makan..halal atau haram??

Aku rasa ramai yang include telur dalam diet harian masing2, termasuk jugak aku. Teringat kat my beloved abah yang suka makan 4 biji telur masak separuh as breakfast pagi2. Memang tak tahan lama la telur kat rumah tu..sekejap je confirm habis. And kalau tak silap aku, abah masih lagi bersarapan dengan telur..kadang2 je tukar menu.
Korang paling suka telur ayam ke itik? Tak kisah la telur ape pun, janji halal boleh dimakan..dah tu kenape aku kata haram pulak?

haramkah? halalkah?

Thursday, June 14, 2012

Airinaiman.blogspot 1st Giveaway!

Tengah duk baca blog member2 tadi terserempak pulak dengan blog ni ade buat giveaway.Owner nye bernama Airin Diana. Dia keje kat Proton S.A, nanti leh la riki2 dia kenal tak my Auntie, Wan Yan. And dia pun ibu bekerjaya yang ade 2 orang anak. Hehe. Hadiah? Comel gitu hadiahnye..

Jeng..

Jeng..

Jeng..

Am i cute!

Panduan/Tips Nak Beli Rumah

Disclaimer:
Entry ini adalah pendapat peribadi aku berdasarkan pengalaman sebenar dan tidak berkait dengan mana2 individu lain. Aku tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian yang ditanggung oleh mana2 pihak sama ada pemaju, pemilik mahupun penyewa disebabkan oleh entry ini. Entry ini adalah sebagai panduan untuk mereka2 yang sedang mencari rumah untuk dibeli/disewa sahaja.

 Sejak aku kena 'serang' dengan AJK kat area rumah aku ni, aku tak sabar2 nak tunggu kontrak sewa rumah ni abih..tapi lama lagi kot..baru berapa bulan, kontrak 2 tahun. Huhu.

Kenape aku kena 'serang'? Bukan kena 'serang' secara fizikal tapi dalam FB.
Sebab aku minta tolong..pertolongan yang paling mudah yang diorang tak nak pedulikan hak aku sebagai penghuni dekat sini..senang cite, double standard la..next entry aku cite.

Nak tau mana aku tinggal?
Tadaaa...

Klik sini untuk review pasal tempat ni. Kalau aku tau takdenye aku sewa sini!

Saturday, June 2, 2012

Waktu yang sesuai kemas rumah

Ekeke..tajuk macam dalam matapelajaran Ekonomi Rumahtangga dah..
Bukan ape..aku sebenarnya sangat pening dengan keadaan rumah aku. Ade anak kecik, 2 orang pulak tu..tok sah harap la rumah akan sekemas macam yang kat bawah ni
-
-
-
-
-
-
kan best kalau rumah aku sekemas ni tiap masa!

Cara popular simpan duit.

Siapa yang tak suka simpan duit sila klik X kat atas tu ye..sebab entry kali ni memang akan jadi entry yang membosankan kalau korang bukan jenis yang suka simpan duit.
Baiknya company aku sebab every event mesti diorang akan jemput speaker yang sangat baik akan share pengalaman and tips2 diorang. So, ada la seorang En. Speaker ni yang cakap; dulu dia spend money more than what he earned. Aku rasa aku pun macam tu jugak. Ye la..work hard play harder la kan??hehe..

kan best kalau duit banyak sampai bleh buat camni..

Pink Samsung Galaxy Note vs White Samsung S3

Aku sebenarnya teruja bila Mr. Hubby aku offer nak tukar hp. Ye la..hp aku sekarang ni dah ade 1001 'penyakit'. Dah la bateri dia tak last long..baru pakai 4,5 jam dah kong. Kerjaya aku of course la kena always reachable..kang client masuk sepital susah pulak nak contact aku!

Makanya, aku yang memang teringin nak Galaxy Note ingat nak sambar je la sebiji. Tapi, masalahnya sekarang ni S3 pulak baru launch. Of course la dari segi teknologi S3 berjaya menambat hati aku..tapi dari segi design, aku kuciwaaa..
samsung s3 yang tak menarik designnye..

Friday, June 1, 2012

Tempat percutian yang popular.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari tu masa jaga booth Prudential BSN Takaful kat Giant Putra Height kami agak terkejut dengan jumlah pengunjung yang datang ke Giant..memang boleh dibilang dengan jari. Lepas direnung-renungkan, rupanya cuti sekolah dah bermula. Memang la ramai yang ambil peluang pergi bercuti atau pun at least balik kampung.


teringin nak duduk kat kampung camni dalam citer Kampung Boy ni!

Thursday, May 24, 2012

Bila banyak sangat junk mail!

Mesti korang tertanya2 kenapa blog aku tak leh diaccess 2,3 hari lepas kan?
Al-kisah, aku lupa sangat2 nak renew aku punya domain name. kekeke..
Memang busy sangat2 dengan kerja sampai tak update blog. Bila aku nak update je dah tak leh access..baru la menggelabah nak bayar kan? Reminder diorang hantar pulak masuk junk mail memang la aku lagi kurang aware..
gambar hiasan semata-mata :)

Wednesday, May 16, 2012

Spiderman Jr.

Alkisah anakanda Ir.Fan yang sedang seronok mengexplore sana sini sekarang ni.

Hari tu boleh pulak dia panjat grill tingkap rumah kami. Tepi tingkap tu kami letak sofa, so dia panjat atas sofa pastu panjat kat grill then terus melekat cam beruang koala..

16th floor tu..

Friday, April 27, 2012

Baru nak tidur.

Ir.Fan baru je melelapkan mata. aiseh...ape nak buat ni? Next week aku dah masuk keje.
Dah macam2 cara aku buat. Bila Ir.Fan tidur around 10.30pm tu aku terus letak Ir.Fan atas katil, suhu bilik pun aku make sure nyaman je tak le sejuk menggigil. Before this aku tak on pun air-cond sebab dua2 anakanda selsema, but semalam aku on kan jugak since diorang pun dah kurang selsema.

Ape lagi aku tak buat..

Wednesday, April 25, 2012

Entry yang tertangguh: cesarean..yang paling mendebarkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry ni sepatutnya di publish bulan August 2011 tapi punya la lama amik masa nak mengarang and edit. Lama bersarang dalam draft folder akhirnya aku publishkan juga.

i'm here mummy!




















Monday, April 23, 2012

Tukar header

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Kalau korang perasan aku dah tukar header kat atas tu. Asalnye aku nak letak yang ni je..

raya 2011

Tapi cam berat je nak loading blog ni kalau pakai header tu..so aku cuba ringankan sikit. Masalahnya aku ni bukan pandai sangat nak edit2 gambar ni. Maka,

Thursday, April 19, 2012

Buds Organic

Akhirnya, semalam selepas berhempas-pulas mencari kami berjaya jugak membeli Buds Organic Eczema Kits ni untuk Ir.Fan.

~sabun nya~
~lotion nya~
 Ini hasil tangkapan kami. Mula-mula ingat nak beli online je. Tapi bila fikir sure akan take time nak sampai rumah, and kami memang urgent nak pakaikan kat Ir.Fan + kami tau product ni memang banyak jual offline, so kami gagahkan juga pegi mencari. Tak jauh pun, kat One Utama je.

Kami beli kat Mothercare One Utama. Agak terkejut jugak sebab kat situ kami boleh dapat harga lagi rendah daripada online store. RM80.00 je!!

Online store paling murah pun kami jumpa RM85 belum campur shipping cost lagi. So, sangat gembira walaupun save RM5 je!





Accident lagi!

seperti yang dijanjikan semalam, cerita tentang eksiden yang happened last week.

Cam biasa, setiap hari Khamis aku buka booth Prudential kat Hospital Pusrawi Kajang. Nak dijadikan cerita, hari Khamis last week aku dah agak lambat sampai Kajang. Agak menggelabah la sikit..Aku paling tak suka bila orang cakap aku lewat!

Wednesday, April 18, 2012

More about Ir.Fan and Ir.Dina

Tet!!
ape lagi aku nak cite kalau bukan pasal anakanda puteri and putera aku ni kan. tapi fokus utama hari ni adalah
anakanda putera aku.

sian Ir.Fan, dia tengah menderita eczema sekarang ni. aku rasa ni sebab genetik dari side mr. hubby aku jugak sebab MIL keep saying dulu adik2 mr. hubby aku pun going through the same scenario. sian tu.

Cakap..cakap..

well, aku realize aku ade masalah baru dengan diri aku sendiri since..aku pon tak tau since bila!??

aku sangat susah nak buka mulut, start the conversation dengan somebody yang aku barely knows. tak tau kenapa? Like ade gold la kan in my mouth.

Even, kalau dengan jiran2 aku pun aku jarang nak tegur diorang dulu. nasib baik jiran aku memang peramah and baik orangnye..dia yang mula2 tegur aku. kalau tak, sampai bila2 aku main senyum2 je la dengan dia. kenapa ni Fariha..

Ir.Fan tak nak tidur..

adoi la..dah hampir seminggu Ir.Fan ubah habit tidur waktu malam dia..abis tunggang langgang routine mummy and daddy.

recently, dia akan tidur around 9pm++ and akan tersedar dengan sendirinya around 11pm++ atau 12am++. then, dengan riang gumbira dia akan bermain..actively!
paling awal dia akan tidur balik pukul 4am++ tapi pagi tadi pukul 6am++ baru tido.

Saturday, April 14, 2012

pindah lagi!

keskeskes..
agaknye memang ditakdirkan kami ni memang hidup berpindah randah kot. nomad!
masuk kali ni dah kali ke-7 aku pindah within this 5 years.ahaha!banyak kan?
hopefully this will be the last one. lepas ni kalau pindah pon pindah masuk banglo sendiri.hihi
tak sempat plak nak snap pics. barang2 pon lom totally angkut dari rumah lama.
nanti ade masa aku update gambar sekitar rumah.
and thank you mr. hishamuddin..kali ni umah fully furnished!tak yah kemas banyak sangat!

Wednesday, April 4, 2012

Akhirnya anakanda puteri bebas-dari-cloth-diaper ;p

dengan bangganya aku nak announce yang anakanda puteri aku dah bebas-dari-cloth-diaper. 
seratus peratus okay!
Wadego Irdina!!
sekarang ni kalau jalan2 atau tidur malam dah tak payah pakai cloth diaper dah. sangat suka hati mummy and daddy dia. maka semua koleksi cloth diaper yang ada jadi hak milik mutlak anakanda putera. 
tapi kadang2, mummy tersedar pukul 3 pagi; bila mummy rajin mummy pakaikan jugak cloth diaper kat Irdina. tu pun sebab takut terjadi insiden yang tak diingini. so far, alhamdulillah..Irdina bangun pagi2 mintak bukakan cloth diaper sebab dia nak pee.
dah besar anakanda puteriku itu. 

p/s: mummy baru duk usha nak beli cloth diaper baru. cam kena cancel je. hehe! 

Saturday, March 17, 2012

Penting ke insurans ni?

just nak share pendapat aku la kan since aku pon dah berkecimpung dalam dunia insurans ni.
dulu, aku ngan asben keje kat private company yang company benefit dia memang bagus, i would say better than Petr***s. tapi, bila asben aku dapat offer gaji tinggi kat company lain tapi benefit dia tak sehebat company lama, dia jadi serba salah. so, aku pun try la mencari solution untuk problem kami ni.
survey sana, survey sini, tanya pendapat otai2, better aku amik life insurance. sejak dari situ aku mula buka mata tentang kepentingan insurance ni.