Pages

Friday, October 14, 2011

JEMU YANG TERPAKSA (Hospital Kerajaan pun bukan semua free)!!

Sudah tiga kali Jumaat (25hb Mac- 9hb April 2011) bermukim di Wad CRW Hospital Pulau Pinang sangat menjemukan. Ia bukan satu pengalaman pahit tetapi keterpaksaan yang menjemukan.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menunjukan ukhuwah Islamiah bersama iringan doa minta cepat sembuh.

 Mereka ziarah tak henti-henti, termasuk Dr MAZA mantan Mufti Negeri Perlis. Bosan membaca buku kali ini. Buku ‘Jihad Terlarang’hanya sempat dibaca beberapa helai lalu disedekah kepada Us.Takiyudin Hamzah
yang berada dalam wad yang sama.

Apa lagi yang perlu dilakukan dalam letih dan suasana kiri kanan terdiri dari  mereka yang perlu menyambung hidup. Manakala saya tidak dijanjikan dengan  ‘date’ yang memberi harapan bila saya dapat keluar.