Pages

Saturday, June 2, 2012

Waktu yang sesuai kemas rumah

Ekeke..tajuk macam dalam matapelajaran Ekonomi Rumahtangga dah..
Bukan ape..aku sebenarnya sangat pening dengan keadaan rumah aku. Ade anak kecik, 2 orang pulak tu..tok sah harap la rumah akan sekemas macam yang kat bawah ni
-
-
-
-
-
-
kan best kalau rumah aku sekemas ni tiap masa!

Jangan harap la camtu ye kawan2..kena redha je la kalau ade anak tengah membesar ni. Memang kena banyakkan bersabar.
Sebab tu aku cuba meminimumkan perabot yang ade. Budak2 memang suka explore. Kalau boleh semua benda dia nak explore. Anakanda putera aku Ir.Fan suka sangat sepahkan suratkhabar. Dia akan tarik selai2 dan tengok ape yang ada between pages tu..mungkin petanda awal dia suka membaca. Memang aku perasan dia sangat tertarik dengan buku berbanding anakanda puteri Ir.Dina. Hehe..
Tapi yang naya, mummy ler yang nak kena kemas. Pantang kalau tertinggal suratkhabar, habis la Ir.Fan kerjakan. Huhu.
Kadang2 rasa malu gak kalau kawan2 or sedare mare bertandang. Ye la..rumah aku tak secantik dan sekemas rumah orang lain..i guess. Tapi tebalkan je la muka kalau tak sempat nak kemas. 
Memandangkan setiap Ahad aku training, so hari yang terbaik untuk aku kemas rumah is Sabtu la kan..tu pun kadang2 tak terkemas sebab aku prefer bawak anakanda berdua keluar jalan2. So, weekdays aku cuba jugak la kemas sedaya termampu lepas balik kerja..
Penat? Tok sah cite..
Tanya la mana2 isteri, dah la baru balik kerja..masak lagi, uruskan anak lagi, kemas rumah lagi..oleh itu hargailah isteri anda lebih dari orang lain. 
Persetankan bisikan2 'syaitan' yang ada kat luar yang duk hasut anda kena queen control kalau menghargai isteri anda! 

No comments:

Post a Comment