Pages

Thursday, June 14, 2012

Panduan/Tips Nak Beli Rumah

Disclaimer:
Entry ini adalah pendapat peribadi aku berdasarkan pengalaman sebenar dan tidak berkait dengan mana2 individu lain. Aku tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian yang ditanggung oleh mana2 pihak sama ada pemaju, pemilik mahupun penyewa disebabkan oleh entry ini. Entry ini adalah sebagai panduan untuk mereka2 yang sedang mencari rumah untuk dibeli/disewa sahaja.

 Sejak aku kena 'serang' dengan AJK kat area rumah aku ni, aku tak sabar2 nak tunggu kontrak sewa rumah ni abih..tapi lama lagi kot..baru berapa bulan, kontrak 2 tahun. Huhu.

Kenape aku kena 'serang'? Bukan kena 'serang' secara fizikal tapi dalam FB.
Sebab aku minta tolong..pertolongan yang paling mudah yang diorang tak nak pedulikan hak aku sebagai penghuni dekat sini..senang cite, double standard la..next entry aku cite.

Nak tau mana aku tinggal?
Tadaaa...

Klik sini untuk review pasal tempat ni. Kalau aku tau takdenye aku sewa sini!

Cuma kat website tu dia cakap 4 storey of car park, sebenarnya ade 3 storey je..And a very non-practical car park ever yang korang pernah jumpa. Siap boleh main hide and seek kot sebab route die, if korang tersilap..main pusing2 tempat sama la kot. Nasib baik kete tak banyak, so boleh la main pancung2 je nak ke car park lot masing2..

Building, as kat dalam website tu..memang banyak defect sebab tu delay nak dapat CF kot. In fact, rumah sepupu aku masih ade keretakan yang dijanjikan untuk dibaiki, sampai sekarang senyap je..
Kalau bab air pulak, memang sangat problem. Sekarang ni pun this apartment masih banyak yang vacant so dengan mengambil kira logik akal aku yang tak berapa pandai sangat dalam hal construction, penggunaan air confirm akan meningkat kalau kat sini dah full orang duduk. Sekarang pun air semput..malah pernah 1 day air takde langsung yang kat floor atas2 sebab pressure sangat rendah, so kalau dah ramai2? Fikir2 la sendiri..

Bab privacy and exclusive plak..senang cite, korang bukan beli condo mewah kan. So agak2 sendiri la camne. For me, medium-cost apartment = flat cuma dalam keadaan teratur sikit je dari flat sebab ade office management. Benda lain, don't expect too much..

Bab harga, dah sah2 yang ni medium-cost apartment, so harga pun murah. Tapi aku usha jugak kat Mudah.my dan sangat terkejut bila terjumpa ni..

RM400,000.00 tu!!
Haha! punya la tamak kan? Setahu aku la kan diorang beli rumah ni dengan harga RM230k++, and kalau tak silap market price sekarang between RM270k++ hingga RM330k++ which aku rasa kalau aku nak beli, baik pikir 100kali kot..Nak buat investment pun kalau aku la..hurm..
So, selidik betul2 ok..SILA PERTIMBANGKAN BETUL2!
Kalau pasal easy access, ade la jugak betulnye tu. Kat sini senang la nak pegi mana2, boleh naik Duke, MRR2..tapi kalau tak jammed. Kalau jammed, boleh tahan jugak. Tapi disebabkan dekat sangat dengan jalan, korang pekakkan je la telinga dengan bunyi2 kete lalu lalang..tu belum kalau lori, kete duk hon2 lagi. hehe!
Kalau pasal view, dari mana2 tingkap kat mana2 unit, aku rasa takde pun view yang menarik. Sebelah sana nampak rumah flat, sebelah rumah aku nampak jalan..nampak jugak la Genting samar2. Erm..kalau betul2 nak tau view camne, before beli/sewa datang dulu tengok rumah tu..ye tak? Kang aku kata tak menarik, bagi orang lain menarik..

Secara ammnye, aku rasa website ni yang paling jujur dalam description tentang apartment ni (aku tak amik komisen ye ;p) 

Oh ya..nak duk sini confirm berjiran kan? Nak tau kejiranan kawasan ni camne? Tunggu next entry aku ye :)


2 comments:

  1. ko gado ngn sapa plak fareh oii uhhuu

    ReplyDelete
  2. tade la gado..diorang serang je..
    aku mitak tolong diorang jangan jerit pukul 12 tgh mlm je..anak2 aku dh tdo terjaga balik. diorg duk mrh2 budak2 kolej yg mnyewa kat tmpat aku ni duk berdua2an. masalahnye, dh byk kali jadi kot. ade sekali diorg gado ngan budak2 kolej pasal bdk2 tu mandi pool, duk jerit2 jugak. macam budak2 gado..
    aku update je la kat fb apartment aku ni mitak tolong jangan jerit kuat sangat, sekali seme pakat serang cakap aku ni pentingkan diri, tak bcampur dengan orang la, kubur aku nanti berasap la, kat padang mashyar nanti aku terima balasan sebab sokong budak2 tu wat maksiat la,kasih sayang aku ngn suami kurang la, mcm2 la. apekah??
    siap kutuk macam2..but most of them the same people yg duk kecoh pasal taknak kasi visitor guna pool la, tak suka budak2 kolej sewa sini la, and mcm2 stupid things lain.
    so, aku senyap je la..hubby aku dah pesan, jangan layan diorang. nanti jadi sama level je cam diorang..
    orang 1st time dapat rumah sendiri kot, kena plak rumah ni masa construction penah tergendala, bila dh dpt mcm2 plak prob..diorang tensen kot.haha!
    tu la, bila beli medium-cost apartment tapi expect dpt condo mewah, jadi la cam diorg..nak privacy, nak exclusive cm duk condo mewah..

    ReplyDelete