Pages

Friday, June 15, 2012

Telur yang anda makan..halal atau haram??

Aku rasa ramai yang include telur dalam diet harian masing2, termasuk jugak aku. Teringat kat my beloved abah yang suka makan 4 biji telur masak separuh as breakfast pagi2. Memang tak tahan lama la telur kat rumah tu..sekejap je confirm habis. And kalau tak silap aku, abah masih lagi bersarapan dengan telur..kadang2 je tukar menu.
Korang paling suka telur ayam ke itik? Tak kisah la telur ape pun, janji halal boleh dimakan..dah tu kenape aku kata haram pulak?

haramkah? halalkah?

Well, tengah duk blogwalking tadi aku terserempak dengan blog ni yang membincangkan isu ni.
So aku share je la yang ade kat blog tu:

" Umumnya Para Ulama sepakat mengatakan yang telur Ayam adalah HALAL untuk dimakan.Namun yang menjadikannya HARAM ialah Pengunaannya.Mengikut Islam,sebelum memasak tekur,Anda WAJIB membasuh KULITNYA.Walaupun kulitnya bersih berseri,namun ianya WAJIB dibasuh.Ini kerana Telur Ayam itu berasal dari Bontot Ayam.Sesuatu yang keluar dari Bontot Ayam adalah Haram sekiranya ianya tidak dibasuh terlebih dahulu.

Akan tetapi,Bukahkah kulit telur Ayam yang anda beli itu Bersih berseri,Maknanya ianya telah Dibasuh dan disucikan?SALAH sekiranya anda mengangap demikian?Ini kerana apabila telur itu dipungut,ianya hanya dikikis kekotoran yang terdapat pada telur saja.Telur itu tidak BOLEH DIBASUH kerana Liang-liang udara pada Telur telah terbuka.Jadi sekiranya telur dibasuh,maka Air akan Menyerap masuk dan merosakkan Telur itu.


Yang kedua ialah Telur yang dipecahkan,terdapat Sedikit Darah didalamnya.Didalam Islam,jika terdapat Darah,maka ianya HARAM dimakan.Namun untuk mengelakkan pembaziran,Darah itu boleh dibuang sekiranya SEDIKIT.Namun adalah lebih baik sekiranya anda berasa Ragu-Ragu mengenai Darah didalam Telur,Bolehlah dibuang saja telur itu.Ini kerana anda merasa WAS-WAS. 


Jadi,diharap penulisan saya ini dapat menyedarkan umat Islam yang MUNGKIN TIDAK MENGETAHUI cara pengunaan Telur Ayam dengan Betul.Sekian.... "

So, korang..lepas ni pastikan korang basuh dulu ek telur before makan. Tak kisah la telur ayam ke, itik ke, puyuh ke, burung unta ke..pendek kata basuh dulu ye..

No comments:

Post a Comment