Pages

Saturday, July 21, 2012

1st Ramadhan : Ayam kampung + Ikan Kembung Percik

Ramadhan tahun ni aku berazam nak masak at least 1 lauk sehari. Tak payah yang complicated, cukup lauk yang simple2 je. insya Allah..

So, petang ni aku masak je Ikan Kembung Percik. Kebetulan dalam peti ais ada lagi ayam kampung yang uncle Mr. Hubby bagi, aku bakar je la sekali :)

versi tak cukup kuah 


Untuk Ikan Kembung/ Ayam Kampung
1. Siang je ikan + ayam tu then letak garam+kunyit(aku guna serbuk kunyit je). Kemudian bakar. 

Untuk Kuah Percik
Bahan2:
*1. Bawang merah - 3,4 ulas
*2. Bawang putih - 2 ulas
*3. Halia - 1/2 inch
*4. Lada kering - 10 tangkai (nak pedas lagi tambah lagi)
*5. Belacan - 1/2 sudu teh
*6. Gula Melaka - sesedap rasa (jangan banyak sangat nanti manis pulak)
  7. Santan - 3 cawan
  8. Garam - sesedap rasa
  9. Penambah perisa aka aji-no-moto(tak masuk pun takpe..)

Cara2:
1. Kisar semua bahan2 yang bertanda *
2. Masukkan santan dalam periuk, then masukkan bahan2 kisar (jangan buka api lagi)
3. Kacau kasi santan ngan bahan2 kisar bercampur baru bukak api kecil2.
4. Santan + bahan2 kisar tadi hendaklah sentiasa dikacau sehingga pekat. If tak kacau nanti kuah akan berketul2(kalau tak silap aku la.hehe!)
5. Dah pekat, tutup api.
6. Ambil Ikan + Ayam bakar tadi, siram kuah atas dia then bakar lagi sekali.
7. Then, baru letak Ikan + Ayam bakar dalam pinggan, letak kuah and sedia untuk masuk perut..

**sesetengah resepi letak serai..tapi ni resepi ma aku. Dia tak letak serai..lagi senang la keje aku.haha!
**Bahan2 tu anda boleh ubah sesedap rasa. Sila tambah or kurangkan ikut sedap tekak anda ye..

So, siapa2 yang teringin cuba Ikan/Ayam percik versi mudah sila la cuba..

Selamat berbuka puasa!

p/s: nak copy paste resepi sila la..cuma kreditkan je kat this blog. Tq!


No comments:

Post a Comment