Pages

Wednesday, July 18, 2012

Happy 1st Birthday Irfan Hasif- 15 Julai 2012

Sepatutnya aku post entri ni 2 hari lepas tapi disebabkan kesibukan yang melampau aku terpaksa tunda hasrat nak update blog. Apakah alasan itu? Alasan yang sama je digunakan oleh semua manusia. Hehe.

Orait..aku and Mr. Hubby belum berkesempatan nak belikan hadiah untuk birthday boy lagi. Cam susah jugak nak beli hadiah untuk Ir.Fan ni sebab baby boy kan..kalau gegirl senang la mummy dia nak pilihkan. But sooner or later, akan ada hadiah untuk boboy kami tu. Elele~~

:P

Oleh sebab kami takde pun plan majlis yang grand macam Ir.Dina dulu siap sewa khemah bagai, so The Big-Boss ajak pre-celebrate kat Genting Highland. Hehe!
At least something to remember la kan..

birthday boy having lunch dengan papadom je!
si kakak yang letih dan malas nak jalan
Kami just ambil tiket untuk indoor park je. Tujuan asal pun nak celebrate Ir.Fan kan. Tapi mana tau outdoor park pun banyak family ride. Hehe! Nampak sangat dulu2 datang tak pernah peduli pun nak naik yang family ride ni..ye la, masa tu belum ada anak lagi. Tapi takpe, The Big-Boss janji nak bawak lagi datang lain kali. Lagipun rumah aku ke Genting tu dalam setengah jam je kot..

Irfan takut naik kuda, mummy yang sengih lebih2
Seperti biasa mesti la Ir.Dina yang mendominasi situasi. Kakak sulong la katakan..kuasa veto dalam tangan. Konon2 nak naik kereta yang kena naik sorang2 tu, tunggu punya tunggu dia takut lak. So, bawak la Ir.Dina and Ir.Fan naik kuda ni. Tu pun Ir.Dina melalak nak turun..takut. Sebenarnya aku tau..anak2 aku memang gayat ikut daddy diorang :P

After that ade la 2,3 family ride yang kitorang naik cam floating boat tu. Cumanya, yang perahu ala2 venice tu tutup. Notis kat situ tutup dari Januari lagi. Entah ape diorang nak wat pun aku tak tau..

Last2, Ir.Fan tidur atas dukung + kami pun dah penat, so dalam 5pm kami turun..
Tapi baru je kuar parking, kereta mati tiba-tiba. Bateri kong la pulak. Hari tu hubby tukar pakai dry cell la pulak..kong means kong terus. Try nak jumper tapi takleh. Nasib baik ade bengkel kereta kat stesen minyak tepi tu..Esso ke Mobil ke Shell..aku pun tak ingat stesen minyak ape. Tapi next time if kereta korang jadi ape2, korang tanya je guard or polis peronda. Bengkel tu satu2nya bengkel yang ada kat atas Genting. Tak payah tow kereta korang turun ke ape..panggil je pomen. And charges dia takde la mahal sangat..kira OK la.
Ir.Fan sempat main tepi jalan masa tengah tunggu pomen datang

Nasib baik la kat Genting kan..cuaca pun sejuk je. Suka anak2 aku main. Ir.Fan pun boleh tidur lena. Anak2 aku ni jenis yang tahan sejuk cam anak mat salih.wakaka!
Anak orang lain siap pakai jaket bagai, anak aku rilek je. Hehe! Nak kena duk oversea baru sesuai dengan diorang ni tambah2 Ir.fan. Kalau panas sikit je mula la badan dia kering2 pastu naik bintik2..dengan eczema nya yang makin teruk if panas. Kalau sejuk, aku tengok selesa je dia..hatiku pun tenang. 

The next day, Ahad 15 Julai 2012 baru la kitorang potong kek kat rumah. Just 4 of us!
Happy 1st Birthday Ir.Fan!!
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang pertama untuk anakanda putera Ir.Fan. Doa Mummy and Daddy semoga Ir.Fan terus membesar dengan sihat dan cerdas. Semoga menjadi hambaNya yang beriman dan soleh. Semoga menjadi pemimpin yang adil dan saksama untuk keluarga Ir.Fan, malah untuk masyarakat suatu hari nanti. Kehadiranmu merapatkan lagi kasih sayang mummy, daddy and kakak. Kau peneman Kakak dan semoga akan terus menjadi peneman yang setia untuk kakak. Semoga hubungan erat Ir.Fan dan Ir.Dina akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat kalian berdua. Mummy daddy doakan yang terbaik untuk Ir.Fan dan insya Allah kami akan cuba berikan yang terbaik..


Mummy, Daddy and Kakak love Ir.Fan so much!!




No comments:

Post a Comment