Dari blog dia aku jumpa lagi satu blog yang buat aku tersentap..sangat tersentap!! Aku tak pernah membayangkan diri aku andai diuji seperti empunya blog. Adakah aku akan setabah Mawar? Terasa semua ujian yang aku lalui sangat 'ringan' berbanding dengan apa yang Mawar lalui..
Sekurang-kurangnya Mr Hubby hanya outstation, tetap aku masih boleh mendengar suara..berbual dan gaduh dengan dia. Tapi Mawar, perginya pergi yang abadi..tak akan kembali!
Tersentap betapa mati itu pasti..entah bila giliran aku kan?
Cukup ke amalan aku?
Serius aku menangis baca blog tu. Tak dapat aku bayangkan if aku kat tempat Mawar. Mawar memang seorang yang tabah. Aku ni kadang-kadang kena tinggal bertiga dengan anak-anak kat rumah pun terasa susah..belum lagi kalau terpaksa ke mana-mana dengan anak-anak tanpa Mr Hubby. Sungguh aku kagum dengan Mawar!
Untuk Mawar, aku doakan semoga dia akan terus tabah. Semoga nanti dia dipertemukan lagi dengan suaminya di Jannah kelak. Didik dan asuh anak-anaknya supaya mereka membesar menjadi hambaNya yang beriman.
p.s: ironinya, Mawar dan suami pernah tinggal di Islamabad..bom sana sini tapi ajal menjemput suami di Malaysia dengan cara yang tak terduga. Saya minta maaf, bukan niat menyakitkan hati sesiapa tapi sekadar mengingatkan ajal pasti datang tak kira di mana anda berada!
No comments:
Post a Comment