Pages

Showing posts with label Wan Irfan Hasif. Show all posts
Showing posts with label Wan Irfan Hasif. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Selamat Ulangtahun Kelahiran!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Bukan cerita pasal birthday siapa2 aku nak cerita tapi pasal pendapat dan juga pendirian seseorag tentang hari-hari special dalam hidup seseorang ni.

Sejak kecil sampai la sekarang umur dah lebih suku abad seingat aku hanya dua kali je aku pernah sambut birthday, sekali masa Form 3 dan lagi sekali masa Form 5. Tu pun masa Form 5 sebab budak2 dorm nak celebrate birthday member aku yang lain, kebetulan birthday kami sama so diorang pun celebrate je sekali. Kesian betul aku ni kan..

Nak dijadikan cerita, aku dapat pula pasangan hidup yang memang tak pernah kisah tentang tarikh2 penting ni. Seriously, 11 tahun bersama ada la 2,3 kali je dia bagi "Belated Birthday Present". Tu pun selepas sebulan dua birthday aku. Selebihnya, alasan busy kerja, lupa tarikh, silap tengok calendar la..macam2 alasan. Sampai aku rasa memang dah tak berharap dah. Owh..dia pun jarang-jarang wish birthday aku. Yang selalu dia cakap "tak kisah la hari ni birthday ke tak..umur tetap meningkat. Lagipun tak celebrate birthday pun kita tetap bernafas kan." Lebih kurang macam tu la..

Well, sebenarnya bagi aku penting untuk ingat tarikh-tarikh penting ni. Tak kira la birthday ke, anniversary ke. 

Bagi aku, bila kita celebrate birthday orang means kita appreciate kelahiran orang tu kat dunia ni. Bila kita celebrate anniversary, of course la bermaksud kita sangat-sangat menghargai kesudian pasangan kita nak sehidup semati dengan kita. 

Tak de ruginya kalau korang celebrate birthday orang yang korang sayang, apa lagi kalau celebrate anniversary. Apa la sangat dengan hadiah yang tak seberapa yang korang bagi berbanding dengan kehadiran dia dalam hidup korang kan? Nak save beli kek feveret dia sekeping pun jadi. Paling kedekut pun wish kat dia tepat2 jam 12 tgh mlm tu.

Sebab tu aku sangat2 ambil berat pasal birthday anak2 aku. Biarlah daddy dia tak ambil kisah tapi mummy nak jugak celebrate birthday korang. hehe

p.s: sori abang, after 11 tahun birthday saya awak tak pernah wish tepat pada waktunya(selalunya lewat sehari bajet nak jadi last person wish la konon padahal selalu terlupa), sekarang awak baru perasan kenapa masa birthday awak saya dah tak wish..tapi apa ade hal bagi awak kan! ;p 

Wednesday, April 10, 2013

Anakku Eczema (Part 2)

Akhirnya, last Friday kami bawak Ir.Fan pergi Klinik Wanita & Kanak2 kat Taman Melati. Actually, klinik suggested by kawan aku yang bawak anak dia kat sini..dia kata Pead sini sangat bagus..
Mula2 aku ade jugak search klinik2 lain nak bawak Ir.Fan tapi biasa la, blog tu kata ok yang ni pulak tak ok..depends pada kesesuaian asing2 la kan..
Mula2 konon nak bawak je Ir.Fan pergi satu klinik kat Jalan TAR ni sebab banyak yang suggest..so, aku dig deeper pasal this klinik. Ye la..yang tu klinik kulit, kena la tau klinik ni sesuai tak untuk rawat anak aku yang tak sampai 2 tahun pun lagi tu..rupa2nya turn out ade seorang ibu ni claim klinik tu bagi ubat yang ade steroid kat anak dia..okay..aku dah tak sedap hati. Mengikut firasat aku yang tak berapa pandai ni, may be sebab klinik tu klinik kulit so rawatan dia 'kurang mesra' dengan kanak2 i.e bagi jugak ubat2 yang ada steroid kat baby..wallahualam..
So, kami tak nak take any risk..yes, kalau melibatkan kesihatan terutamanya anak2 seboleh2nya kami nak minimumkan risk. Kami bawak je Ir.Fan ke klinik kat Taman Melati tu.
Kami sampai around 4pm, sampai sana register kena tulis sendiri nama. Then, ade staff dia akan amik berat ngan temperature baby. Tunggu sikit punya lama walaupun time kami pergi tu takde orang. Means, ade patient yang doc tengah consult tu je then our turn..
After lebih kurang 30-40 minit nama baru kami dapat jumpa doctor..memang doctor ni details abis. semua medical history sepanjang aku mengandungkan Ir.Fan hingga la sampai aku jumpa doc ari tu dia tanya..siap tanya pasal selipar camne anak aku pakai sebab eczema kat kaki dia paling teruk compare other part. Overall, aku sangat3 puas hati dengan consultation doc tu walopn kadang2 pedas jugak ayat dia. 
Pasal ubat ape dia bagi nanti aku post dalam Part 3..
Kalau korang stay Gombak and area berdekatan boleh la datang sini

Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak di No. 21, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Ulu Klang, Kuala Lumpur. Boleh gak telefon 03-4105 1962 untuk makluman lanjut.

Klinik ni dijalankan oleh Dr. Hasmawati Jalaludin dan waktu operasi:

  • Isnin-Jumaat: 9.00 pagi-1.00 petang dan 3.00 petang-6.00 petang
  • Sabtu: 9.00 pagi-1.00 petang
  • Ahad / Cuti umum: Tutup

Aku rasa ni la pead yang paling best pernah aku jumpa..

Friday, April 5, 2013

Anakku Eczema (Part 1)

Hari ni dah masuk hari ke-5 eczema Ir.Fan kembali mengganas. Sebenarnya since last year dia kena eczema tapi makin menjadi2 bila kami pindah KL ni. Daddy dia cakap may be sebab udara kat sini. Mungkin la kan..paham2 sendiri la KL, mana nak sama dengan udara kampung.

Alhamdulillah.. lepas 4 malam berturut2 Ir.Fan duk meraung macam kena dera, malam tadi kurang sikit melalak. Kalau tak dengan2 aku tensen..serius sangat tensen!

So, today dah masuk hari kedua la aku bercuti. Nasib keje sendiri..tapi kena re-schedule balik la semua appointment aku.

Kulit Ir.Fan pulak dah bersisik satu badan...dari kepala sampai kaki!!

Macam2 orang suggest, suruh pergi klinik tu la..klinik ni la..pakai itu pakai ini..tapi sekarang aku stick to QV nye cream je dulu. Nampak ok bila aku sapu QV cream tu tapi punya la oily. Cumanya, bila dah teruk camni terpaksa la kami refer doctor balik. So, tengah mencari2 la pead yang sesuai untuk hero aku tu..mana la nak pegi ni?

Wednesday, October 17, 2012

Permata Ayah Bonda


Unfair la kalau anakanda puteri je ade lagu special kan? Of course la anakanda putera pun ade lagu special jugak.
Khas buat anakanda putera mummy Wan Irfan Hasif Bin Wan Hishamuddin
Mummy + Daddy + Irdina sayang adik sangat-sangat!

Permata Ayah Bonda by Firdaus

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa




Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah 
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa 
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....