Pages

Monday, February 17, 2014

Selamat Ulangtahun Kelahiran!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Bukan cerita pasal birthday siapa2 aku nak cerita tapi pasal pendapat dan juga pendirian seseorag tentang hari-hari special dalam hidup seseorang ni.

Sejak kecil sampai la sekarang umur dah lebih suku abad seingat aku hanya dua kali je aku pernah sambut birthday, sekali masa Form 3 dan lagi sekali masa Form 5. Tu pun masa Form 5 sebab budak2 dorm nak celebrate birthday member aku yang lain, kebetulan birthday kami sama so diorang pun celebrate je sekali. Kesian betul aku ni kan..

Nak dijadikan cerita, aku dapat pula pasangan hidup yang memang tak pernah kisah tentang tarikh2 penting ni. Seriously, 11 tahun bersama ada la 2,3 kali je dia bagi "Belated Birthday Present". Tu pun selepas sebulan dua birthday aku. Selebihnya, alasan busy kerja, lupa tarikh, silap tengok calendar la..macam2 alasan. Sampai aku rasa memang dah tak berharap dah. Owh..dia pun jarang-jarang wish birthday aku. Yang selalu dia cakap "tak kisah la hari ni birthday ke tak..umur tetap meningkat. Lagipun tak celebrate birthday pun kita tetap bernafas kan." Lebih kurang macam tu la..

Well, sebenarnya bagi aku penting untuk ingat tarikh-tarikh penting ni. Tak kira la birthday ke, anniversary ke. 

Bagi aku, bila kita celebrate birthday orang means kita appreciate kelahiran orang tu kat dunia ni. Bila kita celebrate anniversary, of course la bermaksud kita sangat-sangat menghargai kesudian pasangan kita nak sehidup semati dengan kita. 

Tak de ruginya kalau korang celebrate birthday orang yang korang sayang, apa lagi kalau celebrate anniversary. Apa la sangat dengan hadiah yang tak seberapa yang korang bagi berbanding dengan kehadiran dia dalam hidup korang kan? Nak save beli kek feveret dia sekeping pun jadi. Paling kedekut pun wish kat dia tepat2 jam 12 tgh mlm tu.

Sebab tu aku sangat2 ambil berat pasal birthday anak2 aku. Biarlah daddy dia tak ambil kisah tapi mummy nak jugak celebrate birthday korang. hehe

p.s: sori abang, after 11 tahun birthday saya awak tak pernah wish tepat pada waktunya(selalunya lewat sehari bajet nak jadi last person wish la konon padahal selalu terlupa), sekarang awak baru perasan kenapa masa birthday awak saya dah tak wish..tapi apa ade hal bagi awak kan! ;p 

No comments:

Post a Comment