Pages

Tuesday, February 4, 2014

Tutorial: Pindah-pindah entri blog

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Sangat happy today sebab dah dapat balik blog lama. Macam dapat balik rumah sendiri. Blog ni memang nostalgia. Ada entri masa zaman bujang, zaman bercinta, zaman study, zaman gedik2. Pendek kata blog ni melangkau banyak zaman dalam hidup aku walaupun dah banyak entri sedih-sedih aku delete. Hidup mesti happy tapi sedih-sedih juga fitrah.

Since blog ni tak dapat buka last year due to aku gedik-gedik nak pakai domain name sendiri lepas tu tak renew walaupun fee tak sampai RM50 setahun, aku pun create blog baru. Dengan harapan aku akan rajin update blog baru. Harapan tinggal harapan je la. Haha!

Then hari ni aku duk godek-godek blog lama. Rasa sayang. Dah banyak kali terfikir takkan la takleh nak remove domain name tu? Dah aku yang letak mesti la boleh remove.

Tapi sejak duk kampung + internet slow sangat la malas nak godek-godek tutorial yang berlambak-lambak kat google tu. Punya la banyak sangat alasan.

Hari ni je tiba-tiba dapat idea. Try je export import entri blog lama ke blog baru.

Then, taraaa...tengah godek-godek tu boleh plak aku duk godek tang nama blog tu. And secara tak sengaja aku ter'remove' domain name. Lor..gitu je. Rasa tua plak..sangat buta IT rupanya aku ni. Haha..

Tak kisah la, yang penting aku dah dapat balik blog lama.

Oh..entri blog baru? Cane nak export import tu ye?

1. Buka www.blogger.com then sign in.

2. Klik kat blog korang nak pindahkan tu. Macam aku nak pindahkan yang baru masuk dalam yang lama, so aku buka blog baru

3. Kat Dashboard tu klik Settings > Other


4. Then klik kat Export Blog

5. Kemudian kita akan disuruh save satu fail. Default name bagi fail itu ialah blog-tarikh-hari-ini.xml. Sila simpan fail tersebut di tempat yang selamat.

6. Tutup blog tu then buka blog yang nak di paste tu. Macam aku blog lama aku la.

7. Sama macam tadi Settings>Other. Lepas tu klik kat Import Blog pulak. File tu choose file yang save tadi tu. 

Tadaa..dah siap pn!

Tutorial ni khas untuk newbie2 dan yang tak berapa nak newbie-tapi-buta-IT macam aku ni. Yang dah otai anggap je la tutorial ni tak pernah wujud.

Semoga bermanfaat.

Love,
Fabulous Fariha

Credit to Mancis Basah

No comments:

Post a Comment