Pages

Wednesday, February 5, 2014

Bila si muda lebih 'berpengalaman'

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera

Cuba tengok muda mudi sekarang, takut ada, seram ada. Macam-macam masalah. Pernah tak terfikir macam mana la zaman anak-anak kita nanti?

Geram tengok budak-budak sekarang. Bila dinasihat katanya kita ni nak masuk campur hidup diorang. Diorang tak sedar ke diri sendiri pun mak bapak yang tanggung makan minum.

Ada yang 'terpaksa' kahwin, bukannya semakin dengar nasihat. Malah disindir-sindir orang tua. Katanya orang tua tak tahu apa. Pandai-pandai keluarkan hadis, entahkan hadis betul atau tak sekadar copy paste atau share dari laman sosial.

Erm..aku berdoa semoga zuriat keturunan aku terhindar dari penyakit-penyakit begini.

Dan semoga Allah murahkan rezeki yang halal untuk kami. Jauhkanlah kami dan zuriat keturunan kami makan & mendapat manfaat dari rezeki yang haram.

Tak guna kalau bermegah tapi duit bagi makan anak bini duit hasil mencuri & menipu.

Tak guna konon baik dengan keluarga hasil memutuskan silaturrahim dengan orang lain.

Tak guna konon disukai ramai hasil mengadu domba dan melaga-laga orang.

Tak guna 'nampak' alim di laman sosial tapi hakikatnya yang wajib 5 waktu pun terabai.

Pesan Encik Suami yang sangat2 aku hormati, biarlah kita yang nampak buruk kerana Allah Maha Mengetahui.

Biarlah kita yang teraniaya kerana Allah Maha Adil, doa orang teraniaya makbul. Gunalah untuk mendoakan yang baik2 saja.

Oh abang..permaisuri hatimu ini bukan seorang yang baik sangat. Aku bukan penyabar sepertimu. Aku bukan seorang yang sentiasa bersangka baik sepertimu.

Biarlah mereka dengan cara mereka. Sampai masa nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya.


Love,
Fabulous Fariha



No comments:

Post a Comment