Pages

Monday, February 17, 2014

Selamat Ulangtahun Kelahiran!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Bukan cerita pasal birthday siapa2 aku nak cerita tapi pasal pendapat dan juga pendirian seseorag tentang hari-hari special dalam hidup seseorang ni.

Sejak kecil sampai la sekarang umur dah lebih suku abad seingat aku hanya dua kali je aku pernah sambut birthday, sekali masa Form 3 dan lagi sekali masa Form 5. Tu pun masa Form 5 sebab budak2 dorm nak celebrate birthday member aku yang lain, kebetulan birthday kami sama so diorang pun celebrate je sekali. Kesian betul aku ni kan..

Nak dijadikan cerita, aku dapat pula pasangan hidup yang memang tak pernah kisah tentang tarikh2 penting ni. Seriously, 11 tahun bersama ada la 2,3 kali je dia bagi "Belated Birthday Present". Tu pun selepas sebulan dua birthday aku. Selebihnya, alasan busy kerja, lupa tarikh, silap tengok calendar la..macam2 alasan. Sampai aku rasa memang dah tak berharap dah. Owh..dia pun jarang-jarang wish birthday aku. Yang selalu dia cakap "tak kisah la hari ni birthday ke tak..umur tetap meningkat. Lagipun tak celebrate birthday pun kita tetap bernafas kan." Lebih kurang macam tu la..

Well, sebenarnya bagi aku penting untuk ingat tarikh-tarikh penting ni. Tak kira la birthday ke, anniversary ke. 

Bagi aku, bila kita celebrate birthday orang means kita appreciate kelahiran orang tu kat dunia ni. Bila kita celebrate anniversary, of course la bermaksud kita sangat-sangat menghargai kesudian pasangan kita nak sehidup semati dengan kita. 

Tak de ruginya kalau korang celebrate birthday orang yang korang sayang, apa lagi kalau celebrate anniversary. Apa la sangat dengan hadiah yang tak seberapa yang korang bagi berbanding dengan kehadiran dia dalam hidup korang kan? Nak save beli kek feveret dia sekeping pun jadi. Paling kedekut pun wish kat dia tepat2 jam 12 tgh mlm tu.

Sebab tu aku sangat2 ambil berat pasal birthday anak2 aku. Biarlah daddy dia tak ambil kisah tapi mummy nak jugak celebrate birthday korang. hehe

p.s: sori abang, after 11 tahun birthday saya awak tak pernah wish tepat pada waktunya(selalunya lewat sehari bajet nak jadi last person wish la konon padahal selalu terlupa), sekarang awak baru perasan kenapa masa birthday awak saya dah tak wish..tapi apa ade hal bagi awak kan! ;p 

Wednesday, February 5, 2014

Azam 2014

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera

Dah masuk bulan kedua dah tahun ni baru nak sibuk dengan azam. Nampak sangat ketinggalan keretapi. Tapi takpe la, better late than never ye dok?

Azam tahun 2014?
Banyak kot short term azam aku. Tapi semua dalam kepala je. Vision board pun belum buat lagi ni. Nak kena buat ni.

Azam bagi aku sama dengan Goal aka Dream aka Matlamat.
Kena jelas apa azam kita.

Korang mesti pernah dengar or baca macam mana cara nak set azam dengan betul.

For that, azam korang kena ada at least these 5 items:

S = Spesific
M=Measureable
A=Ambitious
R=Realistic
T=Time-bounded

Tapi lain orang lain tafsiran. So depends la pada tafsiran orang tu kan.

Contoh SMART Azam camni:

Specific: Nak kecikkan perut
Measureable & Ambitious & Realistic: 4 inches
Time-bounded: by June 2014

Dulu, cikgu kaunselor kat sekolah je yang selalu duk ulang-ulang pasal ni. Now tak sangka aku really praktikkan dalam hidup. Pun tak sangka kat agensi aku selalu tekankan pasal ni.

Cuma beza sekarang, azam tu lebih spesifik. Ape yang spesifiknya? Nanti aku cerita dalam next entry


Love,
Fabulous Fariha


Bila si muda lebih 'berpengalaman'

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera

Cuba tengok muda mudi sekarang, takut ada, seram ada. Macam-macam masalah. Pernah tak terfikir macam mana la zaman anak-anak kita nanti?

Geram tengok budak-budak sekarang. Bila dinasihat katanya kita ni nak masuk campur hidup diorang. Diorang tak sedar ke diri sendiri pun mak bapak yang tanggung makan minum.

Ada yang 'terpaksa' kahwin, bukannya semakin dengar nasihat. Malah disindir-sindir orang tua. Katanya orang tua tak tahu apa. Pandai-pandai keluarkan hadis, entahkan hadis betul atau tak sekadar copy paste atau share dari laman sosial.

Erm..aku berdoa semoga zuriat keturunan aku terhindar dari penyakit-penyakit begini.

Dan semoga Allah murahkan rezeki yang halal untuk kami. Jauhkanlah kami dan zuriat keturunan kami makan & mendapat manfaat dari rezeki yang haram.

Tak guna kalau bermegah tapi duit bagi makan anak bini duit hasil mencuri & menipu.

Tak guna konon baik dengan keluarga hasil memutuskan silaturrahim dengan orang lain.

Tak guna konon disukai ramai hasil mengadu domba dan melaga-laga orang.

Tak guna 'nampak' alim di laman sosial tapi hakikatnya yang wajib 5 waktu pun terabai.

Pesan Encik Suami yang sangat2 aku hormati, biarlah kita yang nampak buruk kerana Allah Maha Mengetahui.

Biarlah kita yang teraniaya kerana Allah Maha Adil, doa orang teraniaya makbul. Gunalah untuk mendoakan yang baik2 saja.

Oh abang..permaisuri hatimu ini bukan seorang yang baik sangat. Aku bukan penyabar sepertimu. Aku bukan seorang yang sentiasa bersangka baik sepertimu.

Biarlah mereka dengan cara mereka. Sampai masa nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya.


Love,
Fabulous Fariha



Tuesday, February 4, 2014

Tutorial: Pindah-pindah entri blog

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Sangat happy today sebab dah dapat balik blog lama. Macam dapat balik rumah sendiri. Blog ni memang nostalgia. Ada entri masa zaman bujang, zaman bercinta, zaman study, zaman gedik2. Pendek kata blog ni melangkau banyak zaman dalam hidup aku walaupun dah banyak entri sedih-sedih aku delete. Hidup mesti happy tapi sedih-sedih juga fitrah.

Since blog ni tak dapat buka last year due to aku gedik-gedik nak pakai domain name sendiri lepas tu tak renew walaupun fee tak sampai RM50 setahun, aku pun create blog baru. Dengan harapan aku akan rajin update blog baru. Harapan tinggal harapan je la. Haha!

Then hari ni aku duk godek-godek blog lama. Rasa sayang. Dah banyak kali terfikir takkan la takleh nak remove domain name tu? Dah aku yang letak mesti la boleh remove.

Tapi sejak duk kampung + internet slow sangat la malas nak godek-godek tutorial yang berlambak-lambak kat google tu. Punya la banyak sangat alasan.

Hari ni je tiba-tiba dapat idea. Try je export import entri blog lama ke blog baru.

Then, taraaa...tengah godek-godek tu boleh plak aku duk godek tang nama blog tu. And secara tak sengaja aku ter'remove' domain name. Lor..gitu je. Rasa tua plak..sangat buta IT rupanya aku ni. Haha..

Tak kisah la, yang penting aku dah dapat balik blog lama.

Oh..entri blog baru? Cane nak export import tu ye?

1. Buka www.blogger.com then sign in.

2. Klik kat blog korang nak pindahkan tu. Macam aku nak pindahkan yang baru masuk dalam yang lama, so aku buka blog baru

3. Kat Dashboard tu klik Settings > Other


4. Then klik kat Export Blog

5. Kemudian kita akan disuruh save satu fail. Default name bagi fail itu ialah blog-tarikh-hari-ini.xml. Sila simpan fail tersebut di tempat yang selamat.

6. Tutup blog tu then buka blog yang nak di paste tu. Macam aku blog lama aku la.

7. Sama macam tadi Settings>Other. Lepas tu klik kat Import Blog pulak. File tu choose file yang save tadi tu. 

Tadaa..dah siap pn!

Tutorial ni khas untuk newbie2 dan yang tak berapa nak newbie-tapi-buta-IT macam aku ni. Yang dah otai anggap je la tutorial ni tak pernah wujud.

Semoga bermanfaat.

Love,
Fabulous Fariha

Credit to Mancis Basah