Pages

Tuesday, July 31, 2012

It's our 4th anniversay!

Sedar tak sedar dah 4 tahun kami hidup bersama..susah senang ketawa dan nangis bersama. Seriously, there's sometimes we did cry! And kalau nak kira dari tahun kami bercintan cintun, this year dah 9 tahun kami kenal. Dari zaman masing2 kurus keding sampai sekarang dah gemuk gedempol :)

Alhamdulillah..kami dikurniakan sepasang cahayamata yang sangat comel dan bijak. Semoga mereka membesar menjadi insan yang soleh dan solehah. Amin..

Tahun ni, Mr Hubby dah banyak belajar. Hehe. Walaupun still ada reason 'tak ingat hari bulan' but tanpa dipinta abang bercuti hari tu. Dan yang lagi best dia bawa aku tengok wayang. Kira best la tu..bukan senang nak dating berdua!

gambar blur je but date nampak. tu yang penting!

Monday, July 23, 2012

2nd Ramadhan : Gulai Ayam Kampung

Untuk hari ke2 Ramadhan ni agak terlambat update menu berbuka puasa. Anakanda puteri, Ir.Dina still demam. Since semalam demam, bukan main susah nak suapkan ubat. Macam2 trick dah aku guna termasuk letakkan ubat dalam susu dia but tak jalan...dia dah semakin bijak dengan percaturan mummy dia :)
If dia masih demam esok pagi, kami bawak dia pergi hospital terus!

Saturday, July 21, 2012

1st Ramadhan : Ayam kampung + Ikan Kembung Percik

Ramadhan tahun ni aku berazam nak masak at least 1 lauk sehari. Tak payah yang complicated, cukup lauk yang simple2 je. insya Allah..

So, petang ni aku masak je Ikan Kembung Percik. Kebetulan dalam peti ais ada lagi ayam kampung yang uncle Mr. Hubby bagi, aku bakar je la sekali :)

versi tak cukup kuah 

Wednesday, July 18, 2012

Sesungguhnya mati itu pasti!

Dalam kesibukan hari ini sempat lagi aku cari info tentang car seat. Ada la jumpa a few blog yang cerita pasal car seat..tapi blog ni menarik perhatian aku..bukan sebab tips yang dia bagi pasal car seat tapi tentang ujian Allah terhadap dia..betapa terpancar kasih sayang mereka suami isteri walaupun permata hati dah tiada. Kita doakan je la mereka tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Dari blog dia aku jumpa lagi satu blog yang buat aku tersentap..sangat tersentap!! Aku tak pernah membayangkan diri aku andai diuji seperti empunya blog

Nursery oh nursery..

Aku minta tolong sangat2 siapa yang baca entri ni dapat menberikan pendapat mahupun tips..

Alkisahnya, aku hantar anakanda berdua ke nursery sejak bulan April hari tu, bermakna sudah hampir 3 bulan anakanda aku kat nursery tu.

Mula2, memang Ir.Dina merengek tak nak pergi memandangkan selama ni dia banyak bersama aku atau dengan Nenek dia di kampung. Ir.Fan pada masa tu still tak tahu apa2, so mudah la sikit. Pemilik nursery cakap dalam masa 2 minggu insya Allah everything should be OK..

Dan memang benar, tak sampai 2 minggu Ir.Dina pula tak sabar nak ke 'sekolah' (aku ajar dia bahasakan nursery tu 'sekolah').

Tapi..

Happy 1st Birthday Irfan Hasif- 15 Julai 2012

Sepatutnya aku post entri ni 2 hari lepas tapi disebabkan kesibukan yang melampau aku terpaksa tunda hasrat nak update blog. Apakah alasan itu? Alasan yang sama je digunakan oleh semua manusia. Hehe.

Orait..aku and Mr. Hubby belum berkesempatan nak belikan hadiah untuk birthday boy lagi. Cam susah jugak nak beli hadiah untuk Ir.Fan ni sebab baby boy kan..kalau gegirl senang la mummy dia nak pilihkan. But sooner or later, akan ada hadiah untuk boboy kami tu. Elele~~

:P