Pages

Saturday, March 22, 2014

Ujian yang bertimpa-timpa

Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,

Aku ingatkan ujian untuk kami hampir berakhir tapi rupa-rupanya Allah lagi sayangkan kami. Dia berikan lagi ujian untuk kami, buat bekal kami mengenali sikap sebenar sahabat-sahabat sebenar sekeliling kami.

Benar, sepanjang ujian baru kami kenal siapa yang kawan gembira dan siapa sahabat tika berduka. Siapa kawan hanya tahu mengambil kesempatan dan siapa teman sejati rela berkongsi rezeki dengan kami.

Alhamdulillah, masih ada sahabat yang sudi bersusah payah dengan kami. Masih ada sahabat yang mengaku kami kawan, menolong kami ketika susah walaupun tahu entah bila kami mampu membalas pertolongan tersebut. Dengan erti kata lain, menolong kami tanpa mengharapkan balasan. Terima kasih teman. Terima kasih sahabat.

Yang paling membuatkan hati pilu, ada kawan seagama yang mengaku sahabat 'lari bertempiaran' tidak mengenali kami tapi ada sahabat bukan seagama yang sudi menghulurkan bantuan wang ringgit. Malah sempat sahabat yang bukan seagama menitipkan agar kami terus berpegang teguh pada ajaran kami iaitu Islam, pada tuhan kami iaitu Allah.

Katanya, prinsip utama untuk berjaya dalam bisnes ialah sembahyang jangan tinggal, tuhan jangan lupa; walau apa agama sekalipun. Mungkin kami lalai dan leka. Mungkin Allah menitipkan hidayah melalui orang bukan Islam, bukti betapa besar keagunganNya.

Alhamdulillah, kami berjaya menempuh tahun yang amat mencabar bagi kami setakat ni.

2013 banyak mengajar kami. Bak kata En. Wan 2014 is a new beginning.

Namun, ada yang masih mengambil kesempatan. Dunia oh dunia.

Kami bukan orang gasar yang selalu berkasar bahasa dengan orang lain. Kami cuba untuk bersopan. Tapi ada yang memerhati. Baru hari ni berbaik, esok dah menagih harta duniawi dari kami. Kami tak pernah meminta pertolongan apatah lagi pertolongan itu untuk kepentingannya sendiri. Kami berterus terang kami tak punya wang ringgit untuk membalas pertolongan itu. Kenapa dihulur pertolongan dan memaksa kami 'membalas' pertolongan tersebut beserta 'dateline'. Percaturan gila apakah ini?

Kami mendahulukan apa yang lebih penting. Keperluan hidup kami sendiri masih terumbang ambing. Kami masih dalam recovery process. Tapi ramai yang dapat menghidu dan mula berbaik dengan kami.

Bukan kami sombong, bukan kami meninggi diri. Tapi nilai persahabatan kami terlalu unggul, lebih bernilai dari harta duniawi. Persahabatan kami bukan untuk diniaga, bukan untu dijaja.


Salam Sayang,
Fabulous Fariha

No comments:

Post a Comment