Aku sangat2 kagum dengan orang yang boleh tinggal dengan ibubapa selepas kahwin. Tak kisah la ibubapa sendiri atau ibubapa mertua. Nak2 kalau yang menantu perempuan full time housewife pulak tu..tinggal dengan parents-in-law. Memang tabik spring la!!
Since aku kahwin dah 2 kali aku balik duduk dengan parents aku. Nak kata aku kagum dengan diri sendiri la tu..huhu!
Sebelum korang nak balik duduk dengan mak ayah/mak ayah mertua tu make sure korang dah discuss betul2 dengan diorang. Discuss tu maksudnya korang dah bincang hak2 korang kat rumah tu. Kat mana korang nak tidur, lepas, beraktiviti dan sebagainya.
Kita rasa macam kita kenal mak ayah kita tapi kita kena ingat. Bila dah kahwin, kita bawa isteri/suami tinggal dengan mak ayah kita. Atau kita yang pergi 'menumpang' rumah orang. Ye..memang la mak ayah mertua tu ibarat mak ayah sendiri tapi korang kena consider juga korang / pasangan korang tu new family member.
Mungkin ada rules tertentu dalam rumah yang korang/pasangan korang tak familiar. Bila duduk 'rumah orang' kena la pandai2 sesuaikan diri ye.
Lagi satu, seelok2nya sesebuah rumah tu hanya ada satu je ketua keluarga. Yang ni biasa terjadi kalau korang kaum hawa bawa encik suami tercinta tinggal sekali dengan parents korang. Memang la encik suami korang jenis yang penyabar dan bertolak ansur tapi belum tentu parents korang akan bertolak ansur dengan dia. Mungkin parents boleh bertolak ansur tapi adik beradik pulak?
Kadang2 may be encik suami ada pendapat dia sendiri..yang mak ayah korang pulak ada pendapat sendiri. Kalau tak dengar cakap mak ayah dah jadi anak derhaka. Tak dengar cakap suami dah kira isteri derhaka pula. Memang korang akan tersepit antara nak jaga hati mak ayah atau suami. Pandai2 la korang pujuk diorang ye.
Pastu, kalau bab privasi pulak memang boleh tolak tepi la. Kalau jenis keluarga yang hormat privasi takpe. Kalau jenis yang layan anak2 dah kahwin macam anak belum kahwin..naya oi! Sebab tu kena discuss elok2. Kita ni anak2..walaupun dah kahwin ada anak sendiri kadang2 mak ayah kita tetap anggap kita macam anak kecil dia lagi. Memang ada spesis mak ayah macam ni. Korang ada anak sendiri nanti baru korang paham. Hopefully aku tak macam tu la nanti. Hehe
Tapi...walaupun banyak 'keburukan' tinggal dengan parents, ade jugak kebaikan dia. Especially kalau korang memang jenis yang penyabar dan bertolak ansur.
Jimat memang jimat duduk dengan parents. Takyah bayar loan rumah every month. Dengan harga rumah mencanak2 naik sekarang ni..memang jimat la duduk rumah mak ayah. Tapi korang jangan la pulak buat tak tau..bil2 kena bayar. Barang2 dapur kena la bagi sumbangan every month. Pastu duit untuk parents tu up la sikit since korang duk rumah diorang kan.
Tapi bagi aku, sebaik2nya lepas kahwin bawak2 la berbincang dengan pasangan untuk duduk rumah sendiri. Tak kira la rumah sewa flat je ke atau rumah sendiri yang dah beli awal2. Senang kita nak atur hidup sendiri. Lagipun, kita dah ada famili sendiri. Mungkin anda tak kisah kalau mak anda yang tentukan aturcara hidup anda but at least have some respect terhadap pasangan anda. Mungkin dia memberontak dalam diam.
Gambar ihsan Google |
So, fikir2kan. Bawak2 berbincang sebelum ambil keputusan nak tinggal dengan mak ayah/mak ayah mertua anda.
Loves,
Fabulous Fariha
No comments:
Post a Comment