Pages

Sunday, March 16, 2014

Hakikatnya jadi surirumah...

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Orang kata jadi surirumah keje paling senang. Hakikatnya, jadi surirumah lagi la susah. Opss..tak kata yang ibu bekerjaya senang lenang ye. Bagi aku susah sebab Encik Wan Din expect aku masak dari pagi sampai malam. Masak pulak yang best2 ala kedai tom yam ok.

Then he expect rumah sentiasa kemas. Pay attention to the word 'SENTIASA'. Ala-ala rumah dalam TV yang takde secoet pun habuk. Bukan kemas-sepah-kemas-sepah sebab budak berdua tu takkan senang duduk if tak sepahkan mainan diorang. Budak-budak nak membesar. Dari jigsaw puzzle diorang boleh transform jadi a ring. Sabar je la. Hehe

Tu belum masuk bab anak-anak lagi. Nasib baik Encik Wan Din bukanlah seorang yang pentingkan A atas kertas peperiksaan je. But still, petang-petang kena bawak diorang jogging. Ir.Fan setakat 2 kali round padang bola tu selambe je. Mummy pulak mengah. Hehe.

Apa yang aku cuba nak sampaikan is persepsi orang terhadap surirumah. Orang imagine surirumah ni keje dia duk lepak-lepak je. Ibaratnya masa free tu banyak sangat la. Tapi hakikatnya, surirumah pun banyak kerja. Macam korang yang keje engineer ingat cikgu tu keje dia senang la. Yang cikgu pulak tengok keje engineer macam best je, gaji besar. Padahal..hehe. Aku cakap camtu sebab dulu aku tengok keje cikgu macam best, boleh balik awal. After sembang-sembang dengan kawan-kawan cikgu cikgi baru tau..

Kesimpulannya, ladies out there..walau apapun kerja anda, anda memang awesome. Ibu bekerjaya atau surirumah, semua hebat. Please do respect each other.

Ibu bekerjaya berbanggalah sebab dengan income yang anda dapat, anda boleh tolong your beloved husband untuk raise your kids. Banyak pahala tolong husband tu. Anda memang hebat, dengan tekanan tempat kerja lagi..nak uruskan rumahtangga lagi. Bukan semua orang mampu. Manage masa elok2, insya Allah anak2 terdidik rumahtangga bahagia.

Surirumah sekalian, berbanggalah. Ramai nowadays yang high educated memilih membesarkan anak2 sendiri. Berbanggalah kerana bukan semua wanita terpilih untuk jadi surirumah. Ada yang bersungguh2 mahu jadi surirumah tapi terpaksa bekerja. Ada ibu yang terkilan tak mampu menyaksikan anak membesar depan mata. Berbanggalah kerana korang terpilih.

Aku? Aku pilih untuk bekerja sendiri. Merencana sendiri segala aktiviti. Anak sakit, anak nak holiday boleh terus cuti. Tak susah payah nak tunggu bos approve cuti ;P


No comments:

Post a Comment