Pages

Thursday, October 31, 2013

Akhirnya..aku pilih prepaid broadband!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Setelah macam-macam dugaan dan rintangan, akhirnya dapat jugak aku online. Yeah!

Agak susah juga sebab masa mula-mula pindah rumah, asalnya aku nak relocate je Un*fi. Tapi rupa-rupanya Un*fi belum masuk Kelantan lagi. Hujung tahun 2013 katanya. So, T* akan gantikan dengan Str**myx. Aku ok je sebab tu je pilihan yang ada time tu..masa tu tak terfikir nak ber'broadband'.

Tunggu punya lepas 1 bulan T* senyap je. Aku cuba call..banyak kali kot. Kira bil hp banyak habis call customer service T* yang sangat slow tu. Lepas T* duk pass kes aku ke hulu ke hilir..sekali lagi diorang senyap. Kali ni dekat 2 bulan..aku diamkan je. Last2, aku pergi sendiri kat T* P*int tu. Rupa-rupanya, diorang cakap aku kena isi borang bagai untuk apply str**myx pulak, which is aku dah isi dah form tu sebenarnya. Aku isi je la. Then senyap lagi..last2 aku jugak call customer service. Customer service tu asyik duk repeat cerita Un*fi takde lagi kat Kelantan..bla..bla..kena close account dulu..bla..bla..kena apply str**myx pulak..bla..bla..

Terus aku minta diorang hantarkan last bill kat current address. Kena penalti ke tak kena ke aku tak kisah. Sampai je terus aku pegi T* nak setelkan bil. Sempat lagi akak T* sound aku, "Adik ni dah kena blacklist."

Mana tak blacklist nye akak oi..dah 4 bulan kot tak setel2 kes relocate aku tu. After penyelarasan akaun, aku setelkan last bill dalam RM100++. Setel!

Masa tu la aku start google pasal broadband. Mula-mula aku tak terfikir pun pasal nak pakai prepaid broadband. Tapi disebabkan Din nak tak nak pakai Tab nye yang tak sampai sebulan pun dia beli, so aku amik and letak prepaid D*g* and subscribe monthly broadband.

Why D*g*?

Sebab aku pakai postpaid C*lcom which is sangat menyakitkan hati. Kalau tak sebab ada korporat pakej untuk buat call memang aku dah lama terminate. Coverage broadband C*lcom..lagi menyakitkan hati!

Masa tu la aku terfikir untuk cari info pasal prepaid broadband. Mujur aku simpan lagi modem broadband M*xis yang dulu2. Rupa2nya, boleh je pakai modem tu..letak prepaid simkad. Hoho!

Misi pencarian simkad prepaid pun bermula..seperti biasa aku google dulu.

Kriteria?
1. Mestilah value for money
2. Kuota setanding dengan harga. Ye la..takkan nak expect kuota 20G tapi bayar RM20 je sebulan.
3. FUP. Kira macam unlimited la kan..Tang ni tak reti nak explain. Yang tau kalau FUP, habis je kuota contohnya 2G/month; kita still boleh access Internet sepanjang tempoh sebulan tu..cuma speed je kurang. Kalau Kuota semata2, abis je 2G terus takleh access.
4. Mesti la prepaid. Walaupun Din cakap postpaid lagi murah tapi untuk moderate user macam aku ni, prepaid dah ok la kot kan..lagipun kalau prepaid, takde kontrak. Hehe

So, aku pilih U-M*bile. Sebab? Kat rumah aku ni hanya D*g*, U-M*bile dengan H*tlink je yang agak laju. D*g* dah letak kat Tab. Untuk laptop ni aku pakai U-M*bile dulu..tengok prestasi dulu. Kalau K.O, bye bye. Cari prepaid sim kad lain pulak. Haha!

Setakat ni aku puas hati. Takde la laju macam Un*fi tapi boleh la. Setakat nak check payment client, email quotation..selebihnya aku pakai untuk surf cari2 info.

1 je yang bengang dengan promoter U-M*bile, dia cakap kalau kuota aku tak abis lagi walaupun tempoh validity dia dah abis, aku still boleh guna untuk surf internet. Memang la boleh..tapi charge lain!




Wednesday, April 10, 2013

Anakku Eczema (Part 2)

Akhirnya, last Friday kami bawak Ir.Fan pergi Klinik Wanita & Kanak2 kat Taman Melati. Actually, klinik suggested by kawan aku yang bawak anak dia kat sini..dia kata Pead sini sangat bagus..
Mula2 aku ade jugak search klinik2 lain nak bawak Ir.Fan tapi biasa la, blog tu kata ok yang ni pulak tak ok..depends pada kesesuaian asing2 la kan..
Mula2 konon nak bawak je Ir.Fan pergi satu klinik kat Jalan TAR ni sebab banyak yang suggest..so, aku dig deeper pasal this klinik. Ye la..yang tu klinik kulit, kena la tau klinik ni sesuai tak untuk rawat anak aku yang tak sampai 2 tahun pun lagi tu..rupa2nya turn out ade seorang ibu ni claim klinik tu bagi ubat yang ade steroid kat anak dia..okay..aku dah tak sedap hati. Mengikut firasat aku yang tak berapa pandai ni, may be sebab klinik tu klinik kulit so rawatan dia 'kurang mesra' dengan kanak2 i.e bagi jugak ubat2 yang ada steroid kat baby..wallahualam..
So, kami tak nak take any risk..yes, kalau melibatkan kesihatan terutamanya anak2 seboleh2nya kami nak minimumkan risk. Kami bawak je Ir.Fan ke klinik kat Taman Melati tu.
Kami sampai around 4pm, sampai sana register kena tulis sendiri nama. Then, ade staff dia akan amik berat ngan temperature baby. Tunggu sikit punya lama walaupun time kami pergi tu takde orang. Means, ade patient yang doc tengah consult tu je then our turn..
After lebih kurang 30-40 minit nama baru kami dapat jumpa doctor..memang doctor ni details abis. semua medical history sepanjang aku mengandungkan Ir.Fan hingga la sampai aku jumpa doc ari tu dia tanya..siap tanya pasal selipar camne anak aku pakai sebab eczema kat kaki dia paling teruk compare other part. Overall, aku sangat3 puas hati dengan consultation doc tu walopn kadang2 pedas jugak ayat dia. 
Pasal ubat ape dia bagi nanti aku post dalam Part 3..
Kalau korang stay Gombak and area berdekatan boleh la datang sini

Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak di No. 21, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Ulu Klang, Kuala Lumpur. Boleh gak telefon 03-4105 1962 untuk makluman lanjut.

Klinik ni dijalankan oleh Dr. Hasmawati Jalaludin dan waktu operasi:

  • Isnin-Jumaat: 9.00 pagi-1.00 petang dan 3.00 petang-6.00 petang
  • Sabtu: 9.00 pagi-1.00 petang
  • Ahad / Cuti umum: Tutup

Aku rasa ni la pead yang paling best pernah aku jumpa..

Friday, April 5, 2013

Anakku Eczema (Part 1)

Hari ni dah masuk hari ke-5 eczema Ir.Fan kembali mengganas. Sebenarnya since last year dia kena eczema tapi makin menjadi2 bila kami pindah KL ni. Daddy dia cakap may be sebab udara kat sini. Mungkin la kan..paham2 sendiri la KL, mana nak sama dengan udara kampung.

Alhamdulillah.. lepas 4 malam berturut2 Ir.Fan duk meraung macam kena dera, malam tadi kurang sikit melalak. Kalau tak dengan2 aku tensen..serius sangat tensen!

So, today dah masuk hari kedua la aku bercuti. Nasib keje sendiri..tapi kena re-schedule balik la semua appointment aku.

Kulit Ir.Fan pulak dah bersisik satu badan...dari kepala sampai kaki!!

Macam2 orang suggest, suruh pergi klinik tu la..klinik ni la..pakai itu pakai ini..tapi sekarang aku stick to QV nye cream je dulu. Nampak ok bila aku sapu QV cream tu tapi punya la oily. Cumanya, bila dah teruk camni terpaksa la kami refer doctor balik. So, tengah mencari2 la pead yang sesuai untuk hero aku tu..mana la nak pegi ni?

Monday, January 7, 2013

Aku Muak..

Assalamualaikum..

Blog ni di update lagi setelah sekian lama bersawang.
Bukan sekadar blog, malah FB aku pun jarang2 aku post status..sekurang2nya kurang aktif sedikit dari rata2 umat manusia yang sehinggakan masuk toilet pun nak update kat FB.
Dan aku masih selesa berkongsi idea di blog. Lebih terperinci dan lebih jelas idea yang aku nak kongsikan. Bukan di FB aku tak nak share, tapi terlalu banyak disalah erti oleh segelintir rakan maya di FB. Tanpa soal aku terus dicop sebagai seorang yang berfikiran negatif. Tak mengapa la..mungkin ape yang aku tulis di FB terkena batang hidungnya lantas aku dipersalahkan.
Jujur, AKU MUAK dengan idealogi 'Aku je yang tahu', 'Aku je yang pakar bidang ni', 'Aku je yang bijak pandai dikalangan kita semua', 'Aku je yang betul' dan macam2 lagi 'Aku je...'
Seolah2 hanya dia je serba tahu..
Dan orang lain salah..semua tak betul!
Bagi aku, FB satu wadah untuk kita bertukar pendapat, saling menasihati, saling menegur..
Ya, aku akui..aku bukanlah seorang yang sempurna tapi sekurang2nya aku berkongsi ilmu yang sedikit ni. Atau sekurang2nya untuk aku terima teguran dari mereka yang arif.
Sahabat,
Terimalah hakikat yang kita ni tak sempurna. Terlalu banyak kekurangan. Janganlah bila ditegur kita beria2 menegakkan benang yang basah. Sekurang2nya, ucapkan terima kasih..jangan dibalas dengan caci maki hinaan hanya sebab pendapat kita dan rakan tu tak sekepala.

P.s: sori, aku tak layan sangat fanpage politik yang duk kutuk sana sini sama ada pembangkang atau kerajaan. Tapi perasan makin banyak pulak fanpage camtu muncul kat wall aku..alahai...

Published with Blogger-droid v2.0.9