Pages

Thursday, October 31, 2013

Akhirnya..aku pilih prepaid broadband!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Setelah macam-macam dugaan dan rintangan, akhirnya dapat jugak aku online. Yeah!

Agak susah juga sebab masa mula-mula pindah rumah, asalnya aku nak relocate je Un*fi. Tapi rupa-rupanya Un*fi belum masuk Kelantan lagi. Hujung tahun 2013 katanya. So, T* akan gantikan dengan Str**myx. Aku ok je sebab tu je pilihan yang ada time tu..masa tu tak terfikir nak ber'broadband'.

Tunggu punya lepas 1 bulan T* senyap je. Aku cuba call..banyak kali kot. Kira bil hp banyak habis call customer service T* yang sangat slow tu. Lepas T* duk pass kes aku ke hulu ke hilir..sekali lagi diorang senyap. Kali ni dekat 2 bulan..aku diamkan je. Last2, aku pergi sendiri kat T* P*int tu. Rupa-rupanya, diorang cakap aku kena isi borang bagai untuk apply str**myx pulak, which is aku dah isi dah form tu sebenarnya. Aku isi je la. Then senyap lagi..last2 aku jugak call customer service. Customer service tu asyik duk repeat cerita Un*fi takde lagi kat Kelantan..bla..bla..kena close account dulu..bla..bla..kena apply str**myx pulak..bla..bla..

Terus aku minta diorang hantarkan last bill kat current address. Kena penalti ke tak kena ke aku tak kisah. Sampai je terus aku pegi T* nak setelkan bil. Sempat lagi akak T* sound aku, "Adik ni dah kena blacklist."

Mana tak blacklist nye akak oi..dah 4 bulan kot tak setel2 kes relocate aku tu. After penyelarasan akaun, aku setelkan last bill dalam RM100++. Setel!

Masa tu la aku start google pasal broadband. Mula-mula aku tak terfikir pun pasal nak pakai prepaid broadband. Tapi disebabkan Din nak tak nak pakai Tab nye yang tak sampai sebulan pun dia beli, so aku amik and letak prepaid D*g* and subscribe monthly broadband.

Why D*g*?

Sebab aku pakai postpaid C*lcom which is sangat menyakitkan hati. Kalau tak sebab ada korporat pakej untuk buat call memang aku dah lama terminate. Coverage broadband C*lcom..lagi menyakitkan hati!

Masa tu la aku terfikir untuk cari info pasal prepaid broadband. Mujur aku simpan lagi modem broadband M*xis yang dulu2. Rupa2nya, boleh je pakai modem tu..letak prepaid simkad. Hoho!

Misi pencarian simkad prepaid pun bermula..seperti biasa aku google dulu.

Kriteria?
1. Mestilah value for money
2. Kuota setanding dengan harga. Ye la..takkan nak expect kuota 20G tapi bayar RM20 je sebulan.
3. FUP. Kira macam unlimited la kan..Tang ni tak reti nak explain. Yang tau kalau FUP, habis je kuota contohnya 2G/month; kita still boleh access Internet sepanjang tempoh sebulan tu..cuma speed je kurang. Kalau Kuota semata2, abis je 2G terus takleh access.
4. Mesti la prepaid. Walaupun Din cakap postpaid lagi murah tapi untuk moderate user macam aku ni, prepaid dah ok la kot kan..lagipun kalau prepaid, takde kontrak. Hehe

So, aku pilih U-M*bile. Sebab? Kat rumah aku ni hanya D*g*, U-M*bile dengan H*tlink je yang agak laju. D*g* dah letak kat Tab. Untuk laptop ni aku pakai U-M*bile dulu..tengok prestasi dulu. Kalau K.O, bye bye. Cari prepaid sim kad lain pulak. Haha!

Setakat ni aku puas hati. Takde la laju macam Un*fi tapi boleh la. Setakat nak check payment client, email quotation..selebihnya aku pakai untuk surf cari2 info.

1 je yang bengang dengan promoter U-M*bile, dia cakap kalau kuota aku tak abis lagi walaupun tempoh validity dia dah abis, aku still boleh guna untuk surf internet. Memang la boleh..tapi charge lain!




No comments:

Post a Comment