Pages

Wednesday, April 7, 2010

amik kesempatan?

pertama kali aku rasa tak sabar2 nak balik umah and taip entri. huh!
nape? sal tadi aku sangat2 tak puas ati ngan kaum Adam. yer, aku pasti dan sangat pasti ade kaum Adam spesis desperate camni kat luar sana.

kaum ADAM ni sering memperlekehkan orang perempuan in terms of driving. memang aku akui ade pompuan yang bawak kete slow giler, lembab but diorang sebenarnye berhati2.
ye la, dah la tak brape mahir, takkan nak bawak kete laju2 and membahayakan orang lain(owh!positive thinking nyer aku pdhal selalu je marah2 kalu orang depan bawak kete slow ;p)

al-kisah, td pas kelas aku ke maxis centre bayar bil. pastu aku masuk la dalam kete, start enjin pasang air-cond and wat kira2 sikit. panas and lapar sgt time tu. time lunch so ramai ar sikit orang. aku pun tgk blakang. ok clear. aku masuk gear reversed. sambil pandang belakang(ye la..nk reversed kan, seme orang wat camtu)..then, ade sorang mamat citra gold ni dtg dr arah mn(korg bleh byg la laju ke x dia bwk sal tetiba muncul sbb jln tu straight and simpang pun agak jauh) trus berenti blakang kete aku turunkan sorg pmpuan. aku yang tgh reversed cepat2 tekan brek(kawasan aku parking tu berbukit skit) tp gesel gak la ngan citra gold tu.hati dh panas ni..

aku turun kete, wat2 muka manis. aku tgk la kete dia. xde pape pn, calar pun tak. kete aku pecah lampu blakang. hati makin PANAS!

citra gold tu ngan muka x puas ati terus marah2 kat aku. siap nk ganti rugi lg. aku ckap la, ni bkn tempat parking awk nk letak kete. kalu nk turunkan orang pun, tgk2 la. ni nak main cepat je.

dia lg marah, siap maki hamun aku. siap ckap pemanduan aku teruk bagai. aku pun panas ar..

aku,"kalau nak ganti rugi sangat jom la report polis." sambil2 wat muka fed up. sbb aku dh tau aku x salah.
citra gold,"bukan masalah ganti rugi, pemanduan awak tu teruk sangat!" sesedap rasa je cakap aku drive truk. dia lg la teruk.

aku,"jom la g report." mulut dah muncung.
citra gold,"awk betul2 nak report ke?" suara dah kendur
aku,"ye la."

pastu ade abang majlis perbandaran ngan abang-ntah-dari-mana datang tolong aku. diorang sound citra gold nak amik kesempatan sebab aku perempuan la tu. wah!baik sungguh orang kemaman neh..

citra gold,"dah la..dah la..tak pe la."terus blah ngan pmpuan tu.

aku geram sal kete tu kete incik bud. and aku bertambah geram sebab ade jugak spesis laki camni. dalam ati aku,"desperate sangat nak duit la tu.."

aku trus kol incik bud cite. mmg aku sgt sakit ati. sebab aku lupa nk tgk no plat die.hoho!

pesan mama bear: jangan cepat melatah kalau accident. and to pompuan out there, kalau anda betul, lawan balik(ni pesan abang majlis perbandaran tu.hehe.tq to him). kalau betul la. jgn tegakkan benang basah lak. amik tau sal undang2 jln raya. sebab kadang2 orang ni sj je nak amik kesempatan.

lagi pesan mama bear
: to citra gold. semoga anda drive dgn berhemahnye selepas ini. semoga setiap perjalanan anda selamat pergi dan balik. ingat la anak dan isteri anda. saya dah maafkn anda. cari la rezeki yang halal..

No comments:

Post a Comment