Mula2 aku ade jugak search klinik2 lain nak bawak Ir.Fan tapi biasa la, blog tu kata ok yang ni pulak tak ok..depends pada kesesuaian asing2 la kan..
Mula2 konon nak bawak je Ir.Fan pergi satu klinik kat Jalan TAR ni sebab banyak yang suggest..so, aku dig deeper pasal this klinik. Ye la..yang tu klinik kulit, kena la tau klinik ni sesuai tak untuk rawat anak aku yang tak sampai 2 tahun pun lagi tu..rupa2nya turn out ade seorang ibu ni claim klinik tu bagi ubat yang ade steroid kat anak dia..okay..aku dah tak sedap hati. Mengikut firasat aku yang tak berapa pandai ni, may be sebab klinik tu klinik kulit so rawatan dia 'kurang mesra' dengan kanak2 i.e bagi jugak ubat2 yang ada steroid kat baby..wallahualam..
So, kami tak nak take any risk..yes, kalau melibatkan kesihatan terutamanya anak2 seboleh2nya kami nak minimumkan risk. Kami bawak je Ir.Fan ke klinik kat Taman Melati tu.
Kami sampai around 4pm, sampai sana register kena tulis sendiri nama. Then, ade staff dia akan amik berat ngan temperature baby. Tunggu sikit punya lama walaupun time kami pergi tu takde orang. Means, ade patient yang doc tengah consult tu je then our turn..
After lebih kurang 30-40 minit nama baru kami dapat jumpa doctor..memang doctor ni details abis. semua medical history sepanjang aku mengandungkan Ir.Fan hingga la sampai aku jumpa doc ari tu dia tanya..siap tanya pasal selipar camne anak aku pakai sebab eczema kat kaki dia paling teruk compare other part. Overall, aku sangat3 puas hati dengan consultation doc tu walopn kadang2 pedas jugak ayat dia.
Pasal ubat ape dia bagi nanti aku post dalam Part 3..
Kalau korang stay Gombak and area berdekatan boleh la datang sini
Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak di No. 21, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Ulu Klang, Kuala Lumpur. Boleh gak telefon 03-4105 1962 untuk makluman lanjut.
Klinik ni dijalankan oleh Dr. Hasmawati Jalaludin dan waktu operasi:
Klinik ni dijalankan oleh Dr. Hasmawati Jalaludin dan waktu operasi:
- Isnin-Jumaat: 9.00 pagi-1.00 petang dan 3.00 petang-6.00 petang
- Sabtu: 9.00 pagi-1.00 petang
- Ahad / Cuti umum: Tutup
Aku rasa ni la pead yang paling best pernah aku jumpa..