Pages

Wednesday, October 17, 2012

Aku Cinta Dia!

Huk aloh..ayat sangat jiwang okeh...
Hari ni memang rasa nak jiwang2 kejap..ingat2 balik kenangan cane boleh kenal dia yang sekarang ni dah sah jadi suami aku.
Sape2 yang rasa nak muntah takmo baca bab jiwang2 ni sila klik X kat atas tu ye..
Aku tetap nak berjiwang jugak :P
Ingat2 balik cam kelakar pulak. Sebab miscall je!
Tu pun bukan aku yang dial or dia yang mula miscall aku. Hehe.


Al-kisah, 10 tahun lepas kami ni sama2 satu kolej matrik. Actually, aku kat Kolej Mara Seremban(KMS) and dia kat Kolej Mara Banting(KMB)..masa tu kami follow program under Mara. Tengah2 jalan boleh pulak Mara cancel program ni, so kami semua kena serap masuk matrik. Budak2 KMS ni terpaksa pindah KMB sebab diorang nak centralize kan. Sape taknak masuk matrik bleh je masuk ipta/s. Masa tu aku dapat offer UTM, ingat nak pegi tapi Ayahanda pulak tak kasi. Si dia pulak time tu nak ikut arwah abang dia join MMU tapi terlambat pulak register so tak dapat..maka terdampar la kami kat KMB.

Mukadimah tu dah panjang, so korang boleh agak la entry ni memang panjang. Kata nak jiwang2 kan..hehe!

Back 10 years, hp baru nak glamer. Sape pakai 3310 tu dah kira hebat. Masa tu aku pakai sony ericsson ape benda ntah. And harga prepaid starter masa tu memang mahal..tak silap RM100++. Pastu top up pulak paling minimum rm60 je ade..takde rm5,rm10 cam sekarang. so, kalu nak top up tu kena kumpul duit pastu guna pun jimat2..rate dah la mahal time tu!!

Pastu pulak time tu memang glamer la main tembak2 guna hp ni..tembak2??Haha!
Main miscall la tu. Kalo tembak tak bunyi ringtone tapi naik notification je, orang tu memang terer la!
Disebabkan kami budak2 engineeering, bab2 ni memang kami terer..bab main2 la.hihi..
Paling gempak budak2 kelas dia la main tembak2 ni. Tak kisah laki or pompuan. Owh..lupa nak cakap. Bilangan budak pompuan sangat limited..dalam 4-6 orang je sekelas. So, memang dimonopoli oleh laki je la. Nak main pun main permainan diorang je la..ye la, masa tu muda remaja. Nak outing memang takde ape la kat Banting tu..yang ade ular sawa dalam ladang kelapa sawit je. Jadi, nak suka suki jugak main la permainan bodoh ni..

Ditakdirkan, 1 hari tu kawan aku..aku namakan dia Ms. R datang bilik aku..dia ni memang selalu tidur kat bilik aku pun. Tengah syok2 dia duk tembak budak2 ni, dia amik hp aku..konon nak bagi ramai tentera menembak la tu. Masa tu aku suci lagi dari permainan tembak menembak ni sebab hp aku memang selalu takde kredit. Aku biar je sebab aku tau memang hp aku takde kredit..takleh pun nak wat call sebab aku pun dah try banyak kali nak call kawan2 aku. Tak tau cane, boleh pulak miscall 1 nombor ni. Masa tu aku rasa cam magik gile..tapi sekali tu je la. Aku try lepas tu takleh pulak..

Dari situ la mulanya. Nombor tu duk tembak aku banyak kali. Kadang2 balik kelas tengok dah max '99 miscalled'. Hampeh!! Geram jugak..nak marah ade. Dah la tak kenal sape..

So, atas rasa bersalah..Ms R tunjuk la sape tuan punya nombor tu. Masa tu aku meluat ade la..dah la hitam, legam pulak tu. Hihi. Ampun abang..
Tu perasaan masa tu la.. of course la kenal lama2 makin sayang. Nak2 masa tu hormon bercinta tengah meningkat..best ah masa tu!!
Pejam celik pejam celik dah 10 tahun kami kenal..dari zaman masing2 muda remaja skang ni dah jadi suami isteri pun.

Gambar 1st kami. Dia kurus je time ni sampai aku pulak nampak gemuk

Ape pun..abang, i lap u so much!!

This entry spesel untuk u abang dengan ucapan--> bila kita nak g holiday? haha!


5 comments:

  1. Puji pujian haruslah ada dengan permintaan..hahaha....suke baca..kalo ingat balik mesti gelak sorang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha!mesti2..itu la gunanya soft skill yg kita blaja dlu..hihi..ingat2 time kms/kmb best sgt.masa tu bdk2 lg kn..byk peel masing2.

      Delete
  2. amboi dia..haha..jodoh kan..comel je kjorang ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..jodoh kan.
      Maria, kalu pk2 balik sape2 bcinta smpai nikah and kekal seme comel2 kisah cinta diorg tmasuk Maria n hubby. Seme org ade kisah cinta masing2 kn?
      :)

      Delete
  3. Sweet! ahahaha bes btoi ucapan last tu ;)

    ReplyDelete