Pages

Wednesday, September 19, 2012

Nak amik maid ke tak ni?

Memandangkan aku dah beranak 2 sekarang ni, so ade jugak terfikir nak amik maid. Dulu2 pernah jugak la nak amik tapi memandangkan masa tu baru anak sorang je tambah pulak aku tak bekerja so keperluan tu takde sangat. Masa tu sangat senang, mak saudara(Cik Su) Mr Hubby ade duduk dekat2 area rumah so memang aku tinggalkan kat dia je. Cik Su pulak takde anak kecik and she's still young..34yo so memang sangat2 boleh diharapkan untuk menjaga cucu pertama dalam keluarga kami :p

Tapi kat sini kami kena berdikari. Ye la..sampai bila nak bergantung kat orang kan?
Sekarang lagi la..Mr. Hubby dah kembali busy dan bertambah busy sehingga tak tahu sampai bila. Aku pulak terpaksa turun padang untuk memastikan cita2 kami tercapai..Cewah!! Tapi passion aku masih pada pengurusan kewangan peribadi. Hehe..pening kepala kan? Senang cite, aku sekarang menguruskan 2 bisnes dalam 1 masa, company Mr. Hubby dah jugak Prudential. May be bagi orang lain senang je..tapi bagi aku Allah je tau. Tak reti nak explain..

2,3 hari ni makin membuak2 keinginan nak amik maid. 
Sebab?
1. Aku ni jenis mudah letih..bukan yang dibuat2. Kadang2 aku pitam terus kalau dah exhausted.
2. Rumah aku cam tongkang pecah dah..maklum la anak2 tengah rancak 'berkreativiti'
3. Aku nak maid tolong lipat baju yang dah macam Gunung Kinabalu..
4. Tolong basuh pinggan..

Tapi Mr. Hubby cakap kalau amik maid setakat nak suruh basuh pinggan baik tak yah..membazir je. Ye la..anak2 still hantar nursery. Isk! Tak nak aku tinggalkan anak2 aku dengan maid sorang2, lain la kalau ade  orang yang aku percaya duk monitor maid tu jaga anak2 aku..

Dah la kos nak amik maid mahal giler sekarang ni..Kalah bayar downpayment kereta Malaysia. Bayar mahal2 pastu buatnya dapat maid yang jenis psiko ke..jenis yang suka ngorat laki ke..tak ke haru biru pulak rumahtangga aku. Paling gerun kalau belakang aku dia dera anak aku. Kalau dia lari, rugi je duit aku..kena denda pulak tu. Haih..banyaknye nak kena consider

Tadi tengah search pasal nak amik maid ni. Ade yang suggest amik maid Filiphina compare Indon. Diorang cakap maid Filiphina ni more loyal, dari segi perlakuan better than Indon, siap ade training bagai. Cuma dari segi kos memang sangat mahal..ade yang cecah RM13K and prosedur lagi rumit. Gaji pun mahal cecah RM1K sebulan.. Bagi aku la, tak kisah dari mana maid tu datang kalau dah maid tu perangai semulajadi dia bagus, tak yah training pun dia tetap bagus..teringat ex-maid pakcik aku yang sorang ni. Budak Melayu Thailand..memang bagus and loyal. Dari zaman dia belasan tahun dia dah keje ngan pakcik aku. Masa tu anak2 pakcik aku pun kecik2 lagi. Sampai la anak2 pakcik aku dah besar baru maid tu kawen. Sebab ape lambat kawen..sebab dia kumpul duit kasi parents dia kat Thailand dulu, beli tanah buat rumah cantik2 untuk mak bapak baru dia kawen. Anak dia pun pakcik aku dah anggap macam cucu sendiri. Sekarang ade lagi kat Malaysia tapi follow husband dia la (Melayu Thailand jugak) jadi tukang masak restoran. Kadang2 singgah jugak rumah pakcik aku, bawak anak dia kenal2. Kalau dapat maid camtu memang heaven la..

So, ape kesimpulan entry aku ni sebenarnya? hehe.. Takde kesimpulan..aku nak tanya pendapat atau pengalaman korang pasal maid ni. OK ke..ade sejarah hitam ke..laki kena ngorat ke..sebab aku nak amik kira semua tu before aku decide nak hire maid ke tak. Segala pandangan dan pendapat akan diambil kira dan aku dahului dengan jutaan TERIMA KASIH 

5 comments:

  1. em..mcm tak ok je nak ambik maid.hihi..aku pun sekarang tengah berfikir nak letak jawatan nak bagi full commitment pada anak2.dalam masa yang sama nak commit utk biz husband aku dan biz jahit2 aku.sekarang buat semua benda rasa penat sgt..mlm2 pergi site tgk rmh.nie weekend nk ke penang ada projek kt sn Insyallah.sekarang tengah kumpul kekuatan nak letak jawatan..tak tau lah..sb nk full time ng ank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tak ok ek? Aku ade bace 1 blog ni dia manage sendiri je 5 orang anak tanpa maid, working mum! Tu yang wat aku terfikir..
      Ko letak je jawatan. Insya Allah, ade rezeki nanti. Aku dulu takut nak berenti keje tapi hubby aku selalu cakap rezeki ade di mana, usaha and tawakkal rezeki akan ada. Lagipun, niat ko baik..nak jaga anak. Insya Allah, ade rezeki anak2 tu. Mana la tau kot2 ni petanda bisnes husband ko nak berkembang pesat. Tak cuba tak tahu.Apa2pun, istikharah mintak petunjuk

      Delete
  2. waah bila husband mu nak amik aku bekerja?hehe..bab amik maid ni mmg menakutkan wei..amik salah xamik pn salah..mcm2 skrg ni..kalaulah aku leh behenti kerja wei..okay dah lari topik dah ni..agaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko sanggup ke nak keje kat Kemaman?Hehe.Doakan kami cepat2 berjaya, Insya Allah akan kami bantu kawan2 sedaya yang termampu.
      Tu la kan..bab2 maid ni serba salah aku. yang macam2 tu wat aku duk tangguh nak amik, kena pk betul2 ni.hehe!
      Maria, aku doakan semoga ade peluang ko boleh berhenti keje. Mana tau lepas ni jadi WAHM yang berjaya :)

      Delete
  3. ameen..thanks babe.. kemaman?okay gak tu..dekat dgn kakak aku..agaga..

    ReplyDelete