Pages

Sunday, April 24, 2011

Persediaan Menyambut Kelahiran Bayi Anda.

jeng!jeng!jeng!
tajuk sangat skema okay..
this week dah masuk 28th week maknanya dah masuk trimester terakhir la. tak lama lagi adik Irdina ni nak jenguk dunia yang penuh pancaroba ini.

masa preggy Irdina a.k.a Kakak yang tengah nakal itu, seme benda nak kena beli. nak kata aku beli awal2 tak de la awal sangat. time2 cenggini jugak. bezanya, masa tu kira duit nak beli barang, second junior ni just kira2...

baju Kakak yang still elok dipakai. hehe. bukan kedekut tapi dah baju tu elok lagi, so watpe aku membazir. 
so far ape yang dah ade lebih dari cukup:
PAKAIAN
1. Baju lengan panjang/seluar panjang - 8 pasang
2. Baju lengan pendek/seluar panjang - 6 pasang
3. Rompers - 4 helai
4. Mitten - 11 set
5. Booties - 8 set (hehe..lagi 3 set ntah mana menghilangkan diri ;p)
6. Barut dada baby - 8 helai (jahit sendiri tau)
7. Tuala - 3 helai
8. Blanket - 3 helai (2 of them still new!)
9. Topi - 4 helai (not sure akan guna ke tak sebab masa kakak dulu tak pernah guna pon. huhu)
*Tips jimat: kalau korang baru bersalin anak pertama, korang tak perlu beli sebanyak ni coz nanti for sure akan ade orang bagi hadiah + baby cepat besar. 


ALAT MEKAP
10. Minyak telon/bedak/lotion dan yang seangkatan. Share ngan Kakak jugak.hehe.
*Tips jimat: korang beli yang travel pack kecik je. takut nanti anak korang ter'allergic' ngan chemical dalam bedak or lotion tu plak. plus, selalunya ade la insan2 mulia yang akan bagi adiah.hehe

LAMPIN
11. Diapers - 13 pocket cd & 15 triangle flat diaper. korang mesti pelik kan ape itu triangle flat diaper?
toksah google la, ni diaper zaman dolu2 yang mak aku guna kat adik2 aku dolu2. still boleh guna kat anak aku. best kan cloth diapering ni.hehe. nnt ade masa aku wat entry khas untuk cd versi klasik ni.
*aku target nak 36 cds, so lagi 8 keping aku jahit sendiri je. walaupun takde la comel dan secanggih-manggih yang ade di pasaran, but i made it with love! 
12. Wetbag - since aku dah hilangkan wetbag yang beli ngan Qasehbonda, maka terpaksa la aku mencari alternatif lain dengan menjahitnya sendiri. Ops! ku tak guna PUL yang mahal itu, tapi guna kain baldu je. keberkesanan?? lom tau. nanti aku jalan2 bawak Irdina ku try and ku update.

LEPAK/TIDO
13. Bantal - 3 pieces yang masih elok. hehe
14. Tilam---> terpaksa beli baru. yang ade dah nipis bebeno
*aku pantang kat kg, so tak de la nak beli katil baby bagai. dah mummy pon tdo atas lantai berlapikkan tilam tebal!haha! takkan la tetiba anak aku duk tido dalam katil baby lak kan?

ON THE GO
15. Ring sling. jarang2 guna gak. but since aku breastfeed, ring sling ni akan berguna bila aku nak breastfeed in public. but im considering nak tukar ke mei tai.



16. Stoller. dah ade, pakai je la kan. beli ni masa aku still jahil sal babywearing lagi.
aku beli kat sini

BREASTFEEDING 
17. Breastpump(Medela Swing) 

my favourite!


18. Breastmilk storage-->yang ni kena beli.

Aku rasa takat tu je la kot dulu. Kang ade yang tertinggal aku update lagi.





2 comments:

  1. terima kasih kak fariha.. sangat berguna. :)

    ReplyDelete
  2. same2..hopefully membantu la sedikit sebanyak ye..

    ReplyDelete