Pages

Saturday, June 9, 2007

because u know who u are..

Hanya padaMu Tuhan aku memohon segala hajat dan permintaan...
aku adalah insan yang lemah lagi daif...
kabulkanlah permintaan ku sebagai khalifah di muka bumiMu ini...

Tuhanku,
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia menjadi milikku,
Tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Dekatkanlah dirinya dengan diriku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi,
Tuhanku,
Jika dia ditakdirkan bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandangan mataku,
Luputkanlah dia daripada ingatanku,
Peliharakanlah daku daripada kekecewaan,
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke langit
Hilang bersama senja agar aku berbahagia,
Meskipun tanpa dirinya,
Tuhanku,
Engkau gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah yang telah patah,
Walaupun ia adalah yang sama dengan dirinya,
Ku pohon dan ku rayu pada-Mu yang satu,
Engkau hapuskanlah perasaan ini,
Seandainya dia tidak menyintai diriku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini,
Tetapi Tuhanku,
Seandainya dia telah ditakdirkan untukku,
Ku pohon agar Engkau sentiasa memperkuatkan cintanya,
Sebagaimana kuatnya aku menyintai dirinya,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat,
Dengarlah rintihan hambaMu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia dan akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia
Sama-sama membina kesejahteraan hidup di jalan yang Engkau redhai,
Kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah,
Kabulkanlah doaku ini….
Amin….

No comments:

Post a Comment