Sunday, December 7, 2014
Muka berminyak dan berjerawat
Dah masuk 36 weeks dah 3rd baby ni..tak sabar tunggu dia keluar.
Paling tak sabar nak rawat segala jerawat dan pigmentasi kat badan.
Pregnant kali ni paling mencabar. Dengan glukos yang mencanak-canak naik, low-blood pressure lagi. Kemudian baru-baru ni kena sinus infection plak. Sakitnya Allah je tau.
Paling mencabar nak handle Double Ir kat rumah. Manja makin menjadi sorang2.
Muka memang berminyak tahap boleh goreng pisang dah. Sangat2 berminyak sampai aku sendiri pun rimas. Mana taknya, baru sejam cuci muka dah berminyak macam 40 hari tak cuci muka.
Bila aku tanya doktor, doktor cakap jerawat dan minyak tu semua due to hormon. Ye la, kalau dah berminyak confirm la jerawat pun ada. Nak bergambar pun segan.
Tu belum part kena tegur dengan cik misi pasal pigmentasi lagi. Kesian kat aku katanya. Duk suggest aku pakai itu ini lepas bersalin nanti. Haih...nampak sangat teruk kan kalau orang keliling duk tegur?
Memang la aku ni bukan jenis yang flawless punya muka, tapi dah nama pompuan..sape tak nak cantik?
Before pregnant, aku ade la amik K-C**ly yang biras aku jual. Aku amik sebab tengok kulit cousin aku yang amik benda alah ni makin cantik. Aku search dalam internet pun semua good review je. So beli la sebalang,
Sekali amik ko, cousin aku masuk hospital. Memang la doktor tak cakap benda tu punca tapi doktor suruh dia berhenti amik. Aku pun jadi seriau, terus berhenti jugak.
Selama ni aku duk amik Vit C and E Sh*klee, tapi nak jimat punya pasal aku beli yang trial pack yang tinggi punya dos. Tak silap 1000mg (sebab trial pack yang seller tu re-pack balik so takde label ape).
Husband aku dah sound dah, jangan amik supplement main taram je, Aku bagi alasan..ala..seller tu kita kenal, takkan la dia nak tipu kita.
Sekali amik ko. Duk sembang2 dengan member aku, a doctor yang bertauliah..dia cakap Vit C tak yah amik dos tinggi. Sebab nanti badan kita just guna ikut keperluan badan je. Yang lebih2 tu nanti dia efek buah pinggang pulak.
Bila aku bagitau husband aku terus dia campak je botol2 tu. Siap cakap, "Cuba la awak imagine cane la keadaan time dia re-pack tu. Ntah2 bare hand je. Pastu keadaan bilik of course penuh habuk2."
Tinggi betul imaginasi laki aku tu.
And untuk ibu mengandung, tolong la jangan amik supplement suka2 hati tanpa diskas dengan doktor. Ala..tanya je doktor tu, sure dia jawab. Macam aku doktor tu member sendiri, lagi la senang nak tanya segala mak nenek yang aku was-was. Demi anak tercinta..
So, lepas bersalin ni aku plan nak makan balik Vit C and E Sh*klee tu. Yang soya2 tuh aku memang dah banned. Memang tak leh telan. Dua kali beli, dua kali expired.
For now tengah mencari skincare yang sesuai dengan kulit berjerawat dan berminyak ni. Local produk? Bukan nak gah ke ape..tapi dah try. Last sekali aku try D*n*rs..amik ko. Yang ni aku menyesal seumur hidup. May be tak sesuai kot, aku pakai seminggu naik jerawat sikit2. Aku tanya seller, dia cakap healing crisis. Dia suruh pakai lagi sampai sebulan. Makin teruk jerawat aku. Aku bertahan lagi pakai sampai 2 bulan..sampai teruk gile, jerawat bernanah semua..aku terus stop.
Tapi macam aku cakap la, mungkin tak sesuai dengan aku kot. Member aku pakai ok je..makin cantik je muka.
Ntah la..kadang2 nak give up dah dengan muka ni. Kejap je rasa tak berjerawat. Pastu mesti ada balik..
Korang pakai ape ek muka flawless?
Salam sayang,
Fariha
Sunday, May 25, 2014
Tinggal dengan ibubapa/ibubapa mertua selepas kahwin?
Aku sangat2 kagum dengan orang yang boleh tinggal dengan ibubapa selepas kahwin. Tak kisah la ibubapa sendiri atau ibubapa mertua. Nak2 kalau yang menantu perempuan full time housewife pulak tu..tinggal dengan parents-in-law. Memang tabik spring la!!
Since aku kahwin dah 2 kali aku balik duduk dengan parents aku. Nak kata aku kagum dengan diri sendiri la tu..huhu!
Sebelum korang nak balik duduk dengan mak ayah/mak ayah mertua tu make sure korang dah discuss betul2 dengan diorang. Discuss tu maksudnya korang dah bincang hak2 korang kat rumah tu. Kat mana korang nak tidur, lepas, beraktiviti dan sebagainya.
Kita rasa macam kita kenal mak ayah kita tapi kita kena ingat. Bila dah kahwin, kita bawa isteri/suami tinggal dengan mak ayah kita. Atau kita yang pergi 'menumpang' rumah orang. Ye..memang la mak ayah mertua tu ibarat mak ayah sendiri tapi korang kena consider juga korang / pasangan korang tu new family member.
Mungkin ada rules tertentu dalam rumah yang korang/pasangan korang tak familiar. Bila duduk 'rumah orang' kena la pandai2 sesuaikan diri ye.
Lagi satu, seelok2nya sesebuah rumah tu hanya ada satu je ketua keluarga. Yang ni biasa terjadi kalau korang kaum hawa bawa encik suami tercinta tinggal sekali dengan parents korang. Memang la encik suami korang jenis yang penyabar dan bertolak ansur tapi belum tentu parents korang akan bertolak ansur dengan dia. Mungkin parents boleh bertolak ansur tapi adik beradik pulak?
Kadang2 may be encik suami ada pendapat dia sendiri..yang mak ayah korang pulak ada pendapat sendiri. Kalau tak dengar cakap mak ayah dah jadi anak derhaka. Tak dengar cakap suami dah kira isteri derhaka pula. Memang korang akan tersepit antara nak jaga hati mak ayah atau suami. Pandai2 la korang pujuk diorang ye.
Pastu, kalau bab privasi pulak memang boleh tolak tepi la. Kalau jenis keluarga yang hormat privasi takpe. Kalau jenis yang layan anak2 dah kahwin macam anak belum kahwin..naya oi! Sebab tu kena discuss elok2. Kita ni anak2..walaupun dah kahwin ada anak sendiri kadang2 mak ayah kita tetap anggap kita macam anak kecil dia lagi. Memang ada spesis mak ayah macam ni. Korang ada anak sendiri nanti baru korang paham. Hopefully aku tak macam tu la nanti. Hehe
Tapi...walaupun banyak 'keburukan' tinggal dengan parents, ade jugak kebaikan dia. Especially kalau korang memang jenis yang penyabar dan bertolak ansur.
Jimat memang jimat duduk dengan parents. Takyah bayar loan rumah every month. Dengan harga rumah mencanak2 naik sekarang ni..memang jimat la duduk rumah mak ayah. Tapi korang jangan la pulak buat tak tau..bil2 kena bayar. Barang2 dapur kena la bagi sumbangan every month. Pastu duit untuk parents tu up la sikit since korang duk rumah diorang kan.
Tapi bagi aku, sebaik2nya lepas kahwin bawak2 la berbincang dengan pasangan untuk duduk rumah sendiri. Tak kira la rumah sewa flat je ke atau rumah sendiri yang dah beli awal2. Senang kita nak atur hidup sendiri. Lagipun, kita dah ada famili sendiri. Mungkin anda tak kisah kalau mak anda yang tentukan aturcara hidup anda but at least have some respect terhadap pasangan anda. Mungkin dia memberontak dalam diam.
![]() |
| Gambar ihsan Google |
So, fikir2kan. Bawak2 berbincang sebelum ambil keputusan nak tinggal dengan mak ayah/mak ayah mertua anda.
Saturday, March 22, 2014
Ujian yang bertimpa-timpa
Aku ingatkan ujian untuk kami hampir berakhir tapi rupa-rupanya Allah lagi sayangkan kami. Dia berikan lagi ujian untuk kami, buat bekal kami mengenali sikap sebenar sahabat-sahabat sebenar sekeliling kami.
Benar, sepanjang ujian baru kami kenal siapa yang kawan gembira dan siapa sahabat tika berduka. Siapa kawan hanya tahu mengambil kesempatan dan siapa teman sejati rela berkongsi rezeki dengan kami.
Alhamdulillah, masih ada sahabat yang sudi bersusah payah dengan kami. Masih ada sahabat yang mengaku kami kawan, menolong kami ketika susah walaupun tahu entah bila kami mampu membalas pertolongan tersebut. Dengan erti kata lain, menolong kami tanpa mengharapkan balasan. Terima kasih teman. Terima kasih sahabat.
Yang paling membuatkan hati pilu, ada kawan seagama yang mengaku sahabat 'lari bertempiaran' tidak mengenali kami tapi ada sahabat bukan seagama yang sudi menghulurkan bantuan wang ringgit. Malah sempat sahabat yang bukan seagama menitipkan agar kami terus berpegang teguh pada ajaran kami iaitu Islam, pada tuhan kami iaitu Allah.
Katanya, prinsip utama untuk berjaya dalam bisnes ialah sembahyang jangan tinggal, tuhan jangan lupa; walau apa agama sekalipun. Mungkin kami lalai dan leka. Mungkin Allah menitipkan hidayah melalui orang bukan Islam, bukti betapa besar keagunganNya.
Alhamdulillah, kami berjaya menempuh tahun yang amat mencabar bagi kami setakat ni.
2013 banyak mengajar kami. Bak kata En. Wan 2014 is a new beginning.
Namun, ada yang masih mengambil kesempatan. Dunia oh dunia.
Kami bukan orang gasar yang selalu berkasar bahasa dengan orang lain. Kami cuba untuk bersopan. Tapi ada yang memerhati. Baru hari ni berbaik, esok dah menagih harta duniawi dari kami. Kami tak pernah meminta pertolongan apatah lagi pertolongan itu untuk kepentingannya sendiri. Kami berterus terang kami tak punya wang ringgit untuk membalas pertolongan itu. Kenapa dihulur pertolongan dan memaksa kami 'membalas' pertolongan tersebut beserta 'dateline'. Percaturan gila apakah ini?
Kami mendahulukan apa yang lebih penting. Keperluan hidup kami sendiri masih terumbang ambing. Kami masih dalam recovery process. Tapi ramai yang dapat menghidu dan mula berbaik dengan kami.
Bukan kami sombong, bukan kami meninggi diri. Tapi nilai persahabatan kami terlalu unggul, lebih bernilai dari harta duniawi. Persahabatan kami bukan untuk diniaga, bukan untu dijaja.
Salam Sayang,
Fabulous Fariha
Sunday, March 16, 2014
Hakikatnya jadi surirumah...
Orang kata jadi surirumah keje paling senang. Hakikatnya, jadi surirumah lagi la susah. Opss..tak kata yang ibu bekerjaya senang lenang ye. Bagi aku susah sebab Encik Wan Din expect aku masak dari pagi sampai malam. Masak pulak yang best2 ala kedai tom yam ok.
Then he expect rumah sentiasa kemas. Pay attention to the word 'SENTIASA'. Ala-ala rumah dalam TV yang takde secoet pun habuk. Bukan kemas-sepah-kemas-sepah sebab budak berdua tu takkan senang duduk if tak sepahkan mainan diorang. Budak-budak nak membesar. Dari jigsaw puzzle diorang boleh transform jadi a ring. Sabar je la. Hehe
Tu belum masuk bab anak-anak lagi. Nasib baik Encik Wan Din bukanlah seorang yang pentingkan A atas kertas peperiksaan je. But still, petang-petang kena bawak diorang jogging. Ir.Fan setakat 2 kali round padang bola tu selambe je. Mummy pulak mengah. Hehe.
Apa yang aku cuba nak sampaikan is persepsi orang terhadap surirumah. Orang imagine surirumah ni keje dia duk lepak-lepak je. Ibaratnya masa free tu banyak sangat la. Tapi hakikatnya, surirumah pun banyak kerja. Macam korang yang keje engineer ingat cikgu tu keje dia senang la. Yang cikgu pulak tengok keje engineer macam best je, gaji besar. Padahal..hehe. Aku cakap camtu sebab dulu aku tengok keje cikgu macam best, boleh balik awal. After sembang-sembang dengan kawan-kawan cikgu cikgi baru tau..
Kesimpulannya, ladies out there..walau apapun kerja anda, anda memang awesome. Ibu bekerjaya atau surirumah, semua hebat. Please do respect each other.
Ibu bekerjaya berbanggalah sebab dengan income yang anda dapat, anda boleh tolong your beloved husband untuk raise your kids. Banyak pahala tolong husband tu. Anda memang hebat, dengan tekanan tempat kerja lagi..nak uruskan rumahtangga lagi. Bukan semua orang mampu. Manage masa elok2, insya Allah anak2 terdidik rumahtangga bahagia.
Surirumah sekalian, berbanggalah. Ramai nowadays yang high educated memilih membesarkan anak2 sendiri. Berbanggalah kerana bukan semua wanita terpilih untuk jadi surirumah. Ada yang bersungguh2 mahu jadi surirumah tapi terpaksa bekerja. Ada ibu yang terkilan tak mampu menyaksikan anak membesar depan mata. Berbanggalah kerana korang terpilih.
Aku? Aku pilih untuk bekerja sendiri. Merencana sendiri segala aktiviti. Anak sakit, anak nak holiday boleh terus cuti. Tak susah payah nak tunggu bos approve cuti ;P
Monday, March 3, 2014
Br1m bila nak masuk?
Orang lain dah habis guna dah pun duit Br1m tapi kami sekeluarga takde tanda-tanda pun nak merasa. Dari ayah aku sampai la adik aku yang bujang tu, sorang pun tak dapat.
Hari tu ada terbaca kat suratkhabar agihan duit Br1m sampai 3 bulan start dari 22 Februari tu. Ada yang cakap 30 hari je start from that date. Tak tau la..
Ayah and adik aku memang penerima Br1m 1.0 & 2.0 pun tak dapat-dapat lagi. Ayah aku duk salahkan aku kot2 aku yang update salah info masa goverment suruh kemas kini hari tu. huhu. Goverment taknak kasi la tu kot pasal depa tau in future kita kaya raya..
This year 1st time aku apply Br1m tapi tak tau cane nak check status application aku tu. Call line busy je. Email pulak sampai hari ni tak reply. I wonder..sibuk sangat ke staf goverment? Memang ada yang berdedikasi tapi tak sampai 5% kot. Lagi 95%?? Paham-paham sendiri. Ni time aku tulis blog ni rilek je staf goverment yang jaga kaunter baru nak lintas jalan pegi beli nasi untuk breakfast..ke untuk lunch? xtau plak kot2 depa lunch pukul 9am.ekekeke
Tapi tu la, kalau nak bagi Br1m tu aku prefer macam tahun-tahun sudah. Senang cerita. Keje 1 hari je setel. Rakyat marhein ni takde la tertunggu-tunggu. Tunggu punya tunggu sekali tak dapat. Tak ke diorang frust. Bila frust terus tak nak undi goverment dah lepas ni. Ops..ni bukan blog politik ek, ni sekadar pandanga biasa rakyat marhein..
Okeh, nak pegi check duit Br1m lagi sekali :P
Monday, February 17, 2014
Selamat Ulangtahun Kelahiran!
Wednesday, February 5, 2014
Azam 2014
Dah masuk bulan kedua dah tahun ni baru nak sibuk dengan azam. Nampak sangat ketinggalan keretapi. Tapi takpe la, better late than never ye dok?
Azam tahun 2014?
Banyak kot short term azam aku. Tapi semua dalam kepala je. Vision board pun belum buat lagi ni. Nak kena buat ni.
Azam bagi aku sama dengan Goal aka Dream aka Matlamat.
Kena jelas apa azam kita.
Korang mesti pernah dengar or baca macam mana cara nak set azam dengan betul.
For that, azam korang kena ada at least these 5 items:
S = Spesific
M=Measureable
A=Ambitious
R=Realistic
T=Time-bounded
Tapi lain orang lain tafsiran. So depends la pada tafsiran orang tu kan.
Contoh SMART Azam camni:
Specific: Nak kecikkan perut
Measureable & Ambitious & Realistic: 4 inches
Time-bounded: by June 2014
Dulu, cikgu kaunselor kat sekolah je yang selalu duk ulang-ulang pasal ni. Now tak sangka aku really praktikkan dalam hidup. Pun tak sangka kat agensi aku selalu tekankan pasal ni.
Cuma beza sekarang, azam tu lebih spesifik. Ape yang spesifiknya? Nanti aku cerita dalam next entry
Love,
Fabulous Fariha
Bila si muda lebih 'berpengalaman'
Cuba tengok muda mudi sekarang, takut ada, seram ada. Macam-macam masalah. Pernah tak terfikir macam mana la zaman anak-anak kita nanti?
Geram tengok budak-budak sekarang. Bila dinasihat katanya kita ni nak masuk campur hidup diorang. Diorang tak sedar ke diri sendiri pun mak bapak yang tanggung makan minum.
Ada yang 'terpaksa' kahwin, bukannya semakin dengar nasihat. Malah disindir-sindir orang tua. Katanya orang tua tak tahu apa. Pandai-pandai keluarkan hadis, entahkan hadis betul atau tak sekadar copy paste atau share dari laman sosial.
Erm..aku berdoa semoga zuriat keturunan aku terhindar dari penyakit-penyakit begini.
Dan semoga Allah murahkan rezeki yang halal untuk kami. Jauhkanlah kami dan zuriat keturunan kami makan & mendapat manfaat dari rezeki yang haram.
Tak guna kalau bermegah tapi duit bagi makan anak bini duit hasil mencuri & menipu.
Tak guna konon baik dengan keluarga hasil memutuskan silaturrahim dengan orang lain.
Tak guna konon disukai ramai hasil mengadu domba dan melaga-laga orang.
Tak guna 'nampak' alim di laman sosial tapi hakikatnya yang wajib 5 waktu pun terabai.
Pesan Encik Suami yang sangat2 aku hormati, biarlah kita yang nampak buruk kerana Allah Maha Mengetahui.
Biarlah kita yang teraniaya kerana Allah Maha Adil, doa orang teraniaya makbul. Gunalah untuk mendoakan yang baik2 saja.
Oh abang..permaisuri hatimu ini bukan seorang yang baik sangat. Aku bukan penyabar sepertimu. Aku bukan seorang yang sentiasa bersangka baik sepertimu.
Biarlah mereka dengan cara mereka. Sampai masa nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya.
Love,
Fabulous Fariha
Tuesday, February 4, 2014
Tutorial: Pindah-pindah entri blog
Sangat happy today sebab dah dapat balik blog lama. Macam dapat balik rumah sendiri. Blog ni memang nostalgia. Ada entri masa zaman bujang, zaman bercinta, zaman study, zaman gedik2. Pendek kata blog ni melangkau banyak zaman dalam hidup aku walaupun dah banyak entri sedih-sedih aku delete. Hidup mesti happy tapi sedih-sedih juga fitrah.
Since blog ni tak dapat buka last year due to aku gedik-gedik nak pakai domain name sendiri lepas tu tak renew walaupun fee tak sampai RM50 setahun, aku pun create blog baru. Dengan harapan aku akan rajin update blog baru. Harapan tinggal harapan je la. Haha!
Then hari ni aku duk godek-godek blog lama. Rasa sayang. Dah banyak kali terfikir takkan la takleh nak remove domain name tu? Dah aku yang letak mesti la boleh remove.
Tapi sejak duk kampung + internet slow sangat la malas nak godek-godek tutorial yang berlambak-lambak kat google tu. Punya la banyak sangat alasan.
Hari ni je tiba-tiba dapat idea. Try je export import entri blog lama ke blog baru.
Then, taraaa...tengah godek-godek tu boleh plak aku duk godek tang nama blog tu. And secara tak sengaja aku ter'remove' domain name. Lor..gitu je. Rasa tua plak..sangat buta IT rupanya aku ni. Haha..
Tak kisah la, yang penting aku dah dapat balik blog lama.
Oh..entri blog baru? Cane nak export import tu ye?
1. Buka www.blogger.com then sign in.
2. Klik kat blog korang nak pindahkan tu. Macam aku nak pindahkan yang baru masuk dalam yang lama, so aku buka blog baru
3. Kat Dashboard tu klik Settings > Other
Monday, January 27, 2014
AJL 28
Beria-ia tahun ni aku duk follow AJL. Dari separuh akhir lagi. Memang ntah apa-apa je. Maklum la awal tahun ni aku banyak duk kat rumah so automatik la tengok tv je keje aku.
Apapun, aku rasa memang Hafiz deserve jadi juara AJL 28. Suara dia memang power.
Jac pun power jugak tang vokal. Nak-nak dia gabung dengan 5 orang diva tu. Suka suka!
Song of the year kami laki bini dapat nombor 3. Kalau aku kaya..lalalala..
Nombor dua Hyperact. OST Teduhan Kasih tu..
Tapi theme 'Game On' yang AJL buat tu potong stim betul. Tak suka aku tengok fesyen pelik-pelik diorang. Nak komen lebih pun diorang mesti nak ikut tema kan..
Last aku tengok AJL aku rasa ok je fesyen-fesyen diorang. Zaman tu Siti Nurhaliza dengan Noraniza Idris free hair lagi. Nampak sangat dah lama tak follow AJL. Haha!
Overall, AJL 28 boleh la buat entertainment kami laki bini yang takde As*ro ni.
Thursday, October 31, 2013
Akhirnya..aku pilih prepaid broadband!
Setelah macam-macam dugaan dan rintangan, akhirnya dapat jugak aku online. Yeah!
Agak susah juga sebab masa mula-mula pindah rumah, asalnya aku nak relocate je Un*fi. Tapi rupa-rupanya Un*fi belum masuk Kelantan lagi. Hujung tahun 2013 katanya. So, T* akan gantikan dengan Str**myx. Aku ok je sebab tu je pilihan yang ada time tu..masa tu tak terfikir nak ber'broadband'.
Tunggu punya lepas 1 bulan T* senyap je. Aku cuba call..banyak kali kot. Kira bil hp banyak habis call customer service T* yang sangat slow tu. Lepas T* duk pass kes aku ke hulu ke hilir..sekali lagi diorang senyap. Kali ni dekat 2 bulan..aku diamkan je. Last2, aku pergi sendiri kat T* P*int tu. Rupa-rupanya, diorang cakap aku kena isi borang bagai untuk apply str**myx pulak, which is aku dah isi dah form tu sebenarnya. Aku isi je la. Then senyap lagi..last2 aku jugak call customer service. Customer service tu asyik duk repeat cerita Un*fi takde lagi kat Kelantan..bla..bla..kena close account dulu..bla..bla..kena apply str**myx pulak..bla..bla..
Terus aku minta diorang hantarkan last bill kat current address. Kena penalti ke tak kena ke aku tak kisah. Sampai je terus aku pegi T* nak setelkan bil. Sempat lagi akak T* sound aku, "Adik ni dah kena blacklist."
Mana tak blacklist nye akak oi..dah 4 bulan kot tak setel2 kes relocate aku tu. After penyelarasan akaun, aku setelkan last bill dalam RM100++. Setel!
Masa tu la aku start google pasal broadband. Mula-mula aku tak terfikir pun pasal nak pakai prepaid broadband. Tapi disebabkan Din nak tak nak pakai Tab nye yang tak sampai sebulan pun dia beli, so aku amik and letak prepaid D*g* and subscribe monthly broadband.
Why D*g*?
Sebab aku pakai postpaid C*lcom which is sangat menyakitkan hati. Kalau tak sebab ada korporat pakej untuk buat call memang aku dah lama terminate. Coverage broadband C*lcom..lagi menyakitkan hati!
Masa tu la aku terfikir untuk cari info pasal prepaid broadband. Mujur aku simpan lagi modem broadband M*xis yang dulu2. Rupa2nya, boleh je pakai modem tu..letak prepaid simkad. Hoho!
Misi pencarian simkad prepaid pun bermula..seperti biasa aku google dulu.
Kriteria?
1. Mestilah value for money
2. Kuota setanding dengan harga. Ye la..takkan nak expect kuota 20G tapi bayar RM20 je sebulan.
3. FUP. Kira macam unlimited la kan..Tang ni tak reti nak explain. Yang tau kalau FUP, habis je kuota contohnya 2G/month; kita still boleh access Internet sepanjang tempoh sebulan tu..cuma speed je kurang. Kalau Kuota semata2, abis je 2G terus takleh access.
4. Mesti la prepaid. Walaupun Din cakap postpaid lagi murah tapi untuk moderate user macam aku ni, prepaid dah ok la kot kan..lagipun kalau prepaid, takde kontrak. Hehe
So, aku pilih U-M*bile. Sebab? Kat rumah aku ni hanya D*g*, U-M*bile dengan H*tlink je yang agak laju. D*g* dah letak kat Tab. Untuk laptop ni aku pakai U-M*bile dulu..tengok prestasi dulu. Kalau K.O, bye bye. Cari prepaid sim kad lain pulak. Haha!
Setakat ni aku puas hati. Takde la laju macam Un*fi tapi boleh la. Setakat nak check payment client, email quotation..selebihnya aku pakai untuk surf cari2 info.
1 je yang bengang dengan promoter U-M*bile, dia cakap kalau kuota aku tak abis lagi walaupun tempoh validity dia dah abis, aku still boleh guna untuk surf internet. Memang la boleh..tapi charge lain!
Wednesday, April 10, 2013
Anakku Eczema (Part 2)
Klinik ni dijalankan oleh Dr. Hasmawati Jalaludin dan waktu operasi:
- Isnin-Jumaat: 9.00 pagi-1.00 petang dan 3.00 petang-6.00 petang
- Sabtu: 9.00 pagi-1.00 petang
- Ahad / Cuti umum: Tutup
Friday, April 5, 2013
Anakku Eczema (Part 1)
Monday, January 7, 2013
Aku Muak..
Assalamualaikum..
Blog ni di update lagi setelah sekian lama bersawang.
Bukan sekadar blog, malah FB aku pun jarang2 aku post status..sekurang2nya kurang aktif sedikit dari rata2 umat manusia yang sehinggakan masuk toilet pun nak update kat FB.
Dan aku masih selesa berkongsi idea di blog. Lebih terperinci dan lebih jelas idea yang aku nak kongsikan. Bukan di FB aku tak nak share, tapi terlalu banyak disalah erti oleh segelintir rakan maya di FB. Tanpa soal aku terus dicop sebagai seorang yang berfikiran negatif. Tak mengapa la..mungkin ape yang aku tulis di FB terkena batang hidungnya lantas aku dipersalahkan.
Jujur, AKU MUAK dengan idealogi 'Aku je yang tahu', 'Aku je yang pakar bidang ni', 'Aku je yang bijak pandai dikalangan kita semua', 'Aku je yang betul' dan macam2 lagi 'Aku je...'
Seolah2 hanya dia je serba tahu..
Dan orang lain salah..semua tak betul!
Bagi aku, FB satu wadah untuk kita bertukar pendapat, saling menasihati, saling menegur..
Ya, aku akui..aku bukanlah seorang yang sempurna tapi sekurang2nya aku berkongsi ilmu yang sedikit ni. Atau sekurang2nya untuk aku terima teguran dari mereka yang arif.
Sahabat,
Terimalah hakikat yang kita ni tak sempurna. Terlalu banyak kekurangan. Janganlah bila ditegur kita beria2 menegakkan benang yang basah. Sekurang2nya, ucapkan terima kasih..jangan dibalas dengan caci maki hinaan hanya sebab pendapat kita dan rakan tu tak sekepala.
P.s: sori, aku tak layan sangat fanpage politik yang duk kutuk sana sini sama ada pembangkang atau kerajaan. Tapi perasan makin banyak pulak fanpage camtu muncul kat wall aku..alahai...
Thursday, December 13, 2012
Imaginasi yang terlampau tinggi!
Tuesday, November 6, 2012
Kenape smartphone cepat habis bateri?
Sebenarnya nak cerita pengalaman aku sendiri pakai smartphone. Kire hp skang ni smartphone ke2 aku.
Masalah aku..sama macam seme pengguna smartphone lain, bateri memang tak tahan lama. Masa hp dulu aku tak berape peduli sangat..kire tak kronik sangat la tahap cepat abih bateri tu. Tapi dengan hp ni..terasa sangat. Dah la keje aku main hp 24/7..kang nak call la..kang nak email la..kejap2 whatsapp/kakao masuk update itu ini..tu belum campur recording ngan snap pic sana sini. Yang wat aku heran..member2 satu ofis kebanyakan pakai hp sama tapi xde la cepat cam aku abis bateri. Dah la cepat abis..nak cas dia punya lama.semalaman!!
Monday, November 5, 2012
Nak try tak?

Berpagi2 membuka pintu rezeki..sekali sekala nak jugak promote bisnes aku.
Okay, kepada sesiapa yang berminat nak tahu peluang menjana pendapatan sampingan mahupun jadi full time agent prudential boleh la datang ke Grand Business Opportunity Preview kat Prudential Kajang 10 Nov 2012 ni jam 230pm. Kalu korang dah rasa tensen keje kat tempat korang sekarang ni..atau nak cari duit lebih atau rasa nak ubah diri jadi positif person..elok la mai.
More important..insya Allah, korang will gain knowledge.
Sape yang patut datang?
Tidur dalam toilet

Malam tadi dalam pukul 2am tetiba aku sakit perut sangat2. Kebetulan memang Ms P datang melawat tapi sudah beberapa hari..bermakna sakit tu sepatutnya takde..
Sebab perut semakin cramp..aku andaikan aku nak membuang. So, masuk la bilik termenung. Aku ni jenis tak berapa la termenung sangat..biasanya masuk terus melaksanakan urusan..
Entah kenapa malam tadi sakit gile. Sedar2 aku dah terbaring atas lantai bilik air..nak gerak pn tak terdaya. Aku cuba panggil Mr Hubby tapi aku rasa cam tak keluar pun suara aku and kepala berat gile.
Wednesday, October 17, 2012
Permata Ayah Bonda
Unfair la kalau anakanda puteri je ade lagu special kan? Of course la anakanda putera pun ade lagu special jugak.
Khas buat anakanda putera mummy Wan Irfan Hasif Bin Wan Hishamuddin
Mummy + Daddy + Irdina sayang adik sangat-sangat!
Permata Ayah Bonda by Firdaus
Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara
Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya
Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda....
Puteriku Sayang
Lagu khas untuk anakanda puteri Wan Irdina Humaira Binti Wan Hishamuddin..
Mummy + Daddy + Irfan love u so much!!
Puteriku Sayang by Hijjaz
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati




